Kelab Liga Premier Portugal, Portimonense SC tersingkir awal daripada saingan Taca de Portugal (Piala FA Portugal) awal pagi tadi apabila tewas 0-1 kepada kelab dari divisyen 3, UD Leiria.
Jaringan tunggal Rui Gomes pada minit ke 80 memusnahkan harapan Portimonense untuk melangkah lebih jauh selepas memperdayakan 3 orang pemain pertahanan dalam kotak penalti lalu melepaskan rembatan ke arah pintu gol.
Que jogada do Rui Gomes. Que golo!
Está feito o primeiro da noite
⠀
⚽ #UDLeiria 1-0 @PortimonenseSC ⠀
🏆 3ª Eliminatória – Taça de Portugal⠀
⚪🔴 #AForçaDaUnião pic.twitter.com/AZTi9TQEVL— União de Leiria (@uniaodeleiria) November 20, 2020
Selain itu, peminat bola sepak tempatan turut kecewa apabila penyerang kebangsaan, Safawi Rasid tidak diberi peluang untuk membuat penampilan sulung dalam perlawanan itu.
Safawi dilihat sedang memanaskan badan di tepi padang namun pengendali Portimonense belum memikirkan untuk memasukkan beliau bagi memperkuatkan jentera serangan.
Situasi itu menyaksikan laman facebook Portimonense SC terus menjadi sasaran ‘serangan’ oleh peminat dari Malaysia yang mengkritik corak permainan pasukan dan taktikal jurulatih tersebut.
Selepas lebih sebulan bersama kelab itu secara pinjaman, Safawi hanya berpeluang membuat penampilan bersama skuad bawah 23 tahun Portimonense. Mungkin rezeki beliau untuk diturunkan akan hadir pada perlawanan Liga Portugal menentang kelab Nacional pada 29 November nanti.
Sama-sama kita mendoakan kejayaan Safawi Rasid serta pemain-pemain Malaysia diluar negara untuk terus maju dan berjaya mengharumkan bola sepak Malaysia dimasa depan!
Baca artikel lain mengenai perkembangan Safawi melalui pautan dibawah.
Safawi Rasid Gembira Luqman Hakim Jalani “Debut” Bersama Skuad Utama KV Kortrijk
Terengganu Lancar Program Mencari Safawi 2.0, Cungkil Bakat Baru Tempatan Sebagai Pelapis