Berdasarkan kemaskini terbaru yang dibuat oleh media pasukan Portimonense SC sebentar tadi, Safawi Rasid disahkan akan berada dalam senarai pemain simpanan untuk perlawanan Premeira Liga berdepan FC Porto awal pagi ini.
Tinjauan dibeberapa platform media sosial mendapati bahawa penyokong bola sepak Malaysia begitu teruja melihat gambar jersi dengan nama Safawi dimuat naik dan pastinya tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan itu nanti.
Jersi kuning away dengan nombor 29 itu nampaknya bakal menjadi sebahagian dari koleksi pengumpul jersi tidak lama lagi dan lebih bermakna jika Safawi dapat melakukan debut hari ini.
Banyak komen-komen di media sosial yang memberikan kata-kata semangat dan tidak kurang juga sukar mempercayai pemain dari Malaysia berpeluang untuk diturunkan dalam satu perlawanan berdepan kelab gergasi seperti FC Porto.
Ada juga komen nakal yang mahukan Safawi ‘belasah’ Pepe bagi pihak mereka kerana mungkin benci melihat aksi pemain tersebut yang sudah tersimpan sekian lama.
Kemaskini: Pepe nampaknya tiada dalam senarai pasukan FC Porto awal pagi ini.
Tuan-tuan, lihat jersi nama siapa ada disitu malam ini. 🔥🔥🔥 pic.twitter.com/JD1B5mVkMs
— VOCKET FC (@vocketfc) November 8, 2020
Apa pun malam ini, samada Safawi Rasid diturunkan atau tidak sama-sama kita memberikan sokongan kepada pemain negera yang bekerja keras untuk membuktikan bahawa anak Malaysia juga mampu beraksi di pentas bola sepak eropah!
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
TMJ: “Menggunakan Dana Kerajaan Hanya Bermaksud Penswastaan Yang Berpura-Pura.”
‘Line Hilang’ Punca Perlawanan Terengganu Dan PJ City FC Ditunda Hampir 30 Minit?