Kelab bola sepak Metropolitan Police FC semalam dalam safu kemaskini laman sosial Instagram mengumumkan perpindahan keluar pemain popular mereka, Junior Eldstal.

Pasukan yang berpangkalan di Surrey, England itu menyatakan bahawa Junior Eldstal telah menerima tawaran kontrak profesional dari kelab yang bersaing dalam Liga Malaysia 2021.

Junior Eldstal meninggalkan Liga Malaysia   pada penghujung musim 2018, kira-kira 3 tahun lalu dan pulang ke England selepas dikatakan mahu memberi fokus kepada perniagaan yang baru dibina serta mengalami masalah kecederaan belakang dan lutut.

Berdasarkan satu temubual yang disiarkan oleh Goal.com, Junior Eldstal melalui Scott Ollerenshaw sudah mula mencari peluang untuk kembali ke Liga Malaysia.

Nampaknya semua perancangan kini sudah hampir menjadi kenyataan apabila pemain kacukan Sweden-Malaysia itu akan kembali mewarnai aksi Liga Malaysia 2021 nanti.

Beliau sendiri telah memberikan pengesahan mengenai perpindahan tersebut melalui komen balas di laman sosial Instagram Metropolitan Police FC.

“Saya mahu merakamkan ucapan terima kasih atas usahanya selama 3 tahun disini, dia seorang pemain yang popular dan penting untuk kelab dan saya teruja untuk melihat perkembangannya diluar negara.”, kata pengurus kelab Gavin Macpherson.

Setakat ini masih tiada maklumat mengenai pasukan mana yang akan disertai oleh Junior Eldstal dan sama-sama kita nantikan.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih dari VOCKETFC seperti dibawah ini.

Sumareh Buat Penampilan Pertama Bersama Police Tero FC, Impak Positif Dipamerkan Berjaya Curi Tumpuan

TMJ: “Menggunakan Dana Kerajaan Hanya Bermaksud Penswastaan Yang Berpura-Pura.”

Selangor Bakal Bangunkan ‘Youth & Sport City’ Dengan Nilai GDV RM8 Bilion Dikawasan Stadium Shah Alam