Seperti yang sudah sedia maklum, Safawi Rasid sudah diperkenalkan secara rasmi oleh Portimonense SC awal pagi tadi dan akan menggunakan no 29 apabila turun beraksi bersama kelab itu tidak lama lagi.
Dalam sidang media tersebut, Portimonense SC diwakili oleh Rodiney Sampaio yang juga merupakan pengerusi ahli lembaga pengarah kelab menjelaskan beberapa perkara berkaitan dengan ketibaan Safawi Rasid ke kelab yang berpangkalan di Portimao itu.
“Sekali lagi (sebelum) jendela perpindahan ditutup, seorang pemain telah dibawa masuk untuk memperkuatkan pasukan, datang terus dari Malaysia.”
“Saya dapat lihat ramai orang yang tidak tahu (mengenai kelab asal), tetapi pemain ini telah lama kami perhatikan dan analisis sama seperti apa yang telah dilakukan ketika ketibaan Shoya Nakajima dimana tiada orang tahu mengenainya serta keputusan diatas padang.”
Shoya Nakajima menyertai Portimonense SC pada tahun 2017 sebagai pemain pinjaman dari FC Tokyo selama 1 musim sebelum menjadi pemain kelab itu sepenuhnya. Musim pertama di Portimonense SC, Shoya Nakajima merekodkan 29 penampilan (21 kali sebagai kesebelasan utama) dan menjaringkan 10 gol.
Selepas bersama Portimonense SC, Shoya Nakajima berhijrah ke Al-Duhail SC dengan yuran perpindahan sekitar €35 juta (RM171 juta), memecahkan rekod sebagai pemain Jepun paling mahal yang dipegang oleh Hidetoshi Nakata sebelum itu.
“Dengan reinforcement dari Malaysia ini, saya harap (Safawi) akan berjaya seperti Shoya Nakajima. Dia akan membantu ramai pemain lain dan akan bermain diposisi sayap dan hadapan.”
“Pemain ini mempunyai kemahiran teknikal dan speed yang baik, dan ini adalah sebab kami membawa dia untuk memperkasakan pasukan Portimonense SC untuk menjadi sebuah pasukan yang lebih kuat dimasa depan. ”
Sila tonton video sidang media pengenalan Safawi Rasid oleh Portimonense SC awal pagi tadi;
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
Luqman Hakim Tersenarai Dalam Skuad Utama KV Kortrijk Berdepan RWD Molenbeek
2 Slot Peringkat Kumpulan AFC Cup 2021 Jadi Rebutan, Ini Cara Menentukan Pasukan Yang Akan Layak