Luqman Hakim kali ini sekali lagi tersenarai dalam skuad utama KV Kortrijk sebagai pemain dibangku simpanan ketika skuad itu turun berdepan dengan sebuah kelab divisyen 2 Liga Belgium hari ini.
Walaupun perlawanan itu adalah sebuah perlawanan persahabatan, ia adalah amat penting untuk Luqman sendiri bagi meneruskan proses penyesuaian bersama rakan sepasukan serta mencari tune untuk adaptasi dengan bola sepak eropah itu sendiri.
Melalui platform laman media sosial Facebook dan juga Twitter dapat disaksikan bahawa ramai peminat bola sepak Malaysia teruja melihat nama Luqman Hakim dalam skuad itu dan ramai memberikan kata-kata semangat kepada prospek masa depan Harimau Malaya itu.
Dalam penampilan sebelum ini, Luqman telah menjaringkan gol dan diharapkan momentum serta semangat itu akan sentiasa membara untuk beliau terus membuktikan keupayaan bagi menempatkan diri sebagai pemain regular dalam pasukan seterusnya menggegar dalam aksi liga di Belgium.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ sediakan untuk anda.
Kedah Guna Nama Darulaman FC (DFC), Rekaan Logo Baharu Pasukan Bakal Cetus Kontroversi Dari Peminat