Terengganu telah melancarkan satu program baru dengan matlamat untuk mencungkil bakat baru bola sepak negeri itu yang mungkin mampu menjadi pelapis kepada Safawi Rasid.
Majlis pelancaran program Mencari Safawi 2.0 itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah bakal menjelajah ke seluruh negeri itu bagi mengenalpasti bakat muda seawal 13 tahun bermula hujung tahun ini.
Menurut butiran program yang diterima, pemain-pemain yang terpilih akan ditempatkan di Akademi Bola Sepak Terengganu yang terletak di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Nenas dan mensasarkan sekurang-kurangnya 20 pemain sejak dari tingkatan 1.
Sesi pemilihan tersebut akan dilakukan oleh 8 buah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan mereka ini akan dibantu dengan kepakaran dari Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan juga Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) untuk melancarkan proses tersebut.
Pengarah Pendidikan negeri, Salim Ab. Ghani pula menjelaskan bahawa kaedah kali ini adalah lebih sistematik dengan penglibatan semua pihak dan pihaknya yakin akan mendapat hasil positif pada masa akan datang
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ sediakan untuk anda.
Ketua Jurulatih Police Tero FC Jelaskan Faktor Kecergasan Punca Sumareh Tiada Dalam Senarai Pemain