Pep Guardiola berjenaka bahawa dia telah menelefon Real Madrid untuk mendapatkan nasihat tentang cara menjaringkan gol kebangkitan ketika Manchester City bangkit dengan cara sangat dramatik untuk menjuarai EPL.

City ketinggalan dua gol kepada Aston Villa ketika berbaki 15 minit tetapi menjaringkan tiga gol dalam masa lima minit untuk menang 3-2 pada hari terakhir musim ini dan menggagalka Liverpool daripada menjulang kejuaraan walaupun menang ke atas Wolves di Anfield.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu menamatkan satu mata di belakang selepas separuh kedua musim yang cukup hebat.

Guardiola teringat tentang kebangkitan Real Madrid dalam aksi separuh akhir UCL sebelum ini ketika menyingkirkan mereka. Di mana pada satu ketika Man City berada dua  gol di hadapan secara agregat berbanding Real Madrid.

Guardiola buntu untuk menjelaskan bagaimana City mengubah permainan mereka, dan menyukai cara Real Madrid memusnahkan mereka apabila mereka melepaskan dua gol pada minit-minit akhir waktu sebenar dalam perlawanan kedua mereka sebelum membenarkan satu lagi masuk ke gawang mereka pada masa ekstra.

Dan pengurus Manchester City mengucapkan kata-kata pujian untuk Liverpool, yang menurutnya telah mendorong Manchester City meningkatkan diri ke tahap yang lebih tinggi.

“Saya menghubungi Real Madrid dan mereka memberi saya nasihat yang baik!”

“Tiada penjelasan di Madrid, tiada penjelasan hari ini. Ia adalah momentum. Kadang-kadang ia bagus untuk menjalani situasi seperti ini. Saya merasakan ini akan membantu kami menjadi lebih kuat musim depan.”

“Mungkin kami memerlukan sedikit masa lagi tetapi setiap saat yang berlalu selepas liga Perdana Inggeris ini membuatkan kami sedar bahawa empat Liga Perdana dalam tempoh lima tahun di negara ini mungkin adalah pencapaian terbaik yang kami lakukan dalam karier kami. Ia luar biasa.”

Seterusnya Pep Guardiola turut menjadikan kata kata Klopp sebagai salah satu motivasi beliau.

“Jurgen Klopp berkata beberapa hari yang lalu mengenai pemenang: di dunia ini hanya terdapat sedikit pemenang tetapi sangat ramai yang mencuba.”

“Saya suka konsep ini. Saya seorang pencuba yang baik. Adakah saya akan mengatakan bahawa Liverpool adalah pencundang? Apa yang telah mereka lakukan dalam Liga Perdana Inggeris dalam beberapa tahun kebelakangan ini apabila terdapat pasukan yang satu inci lebih baik daripada mereka, sebaliknya mereka adalah pemenang.”

Guardiola turut menyatakan bahawa dia tidak pernah lagi melihat pasukan seperti Liverpool di dalam hidupnya.

Baca juga:

EPL: Supersub Gundogan Julang Manchester City Sampai Juara!

Penyokong Manchester United Ayuh Sertai Kami Meraikan Kejayaan Tetapi Wajib Pakai Baju Biru

Serie A: AC Milan Tamatkan Penantian 11 Tahun