Manchester City melayan kunjungan Aston Villa di Etihad. City turun dengan hanya kelebihan 1 mata di atas Liverpool.
Pemain gantian Ilkay Gundogan merupakan Wira kejuaraan Man City dalam aksi yang memerlukan kebangkitan mereka dari kedudukan ketinggalan.
Hanya kemenangan yang akan mengesahkan kejuaraan Man City. Sekiranya Liverpool menang di Anfield.
Aston Villa memberikan hari yang mencemaskan buat Man City. Ini apabila pasukan Villa terlebih dahulu mendahului dengan 2 gol.
Matty Cas meletakkan Villa di hadapan minit ke-37.
Kemudian bekas pemain Liverpool, Phil Coutinho menambah gol pada minit ke-69.
Tersentak dengan gol itu, Manchester City kemudian membalas dengan 3 gol.
City menjaringkan gol pembukaan menerusi pemain gantian iaitu Ilkay Gundogan pada minit ke-76. Gundogan hanya berada di atas padang kurang 10 minit sebelum gol itu.
Kemudian Man City menyamakan kedudukan menerusi rembatan luar kotak penalti daripada Rodri.
2-2.
RODRI HAS EQUALIZED!!!!!! MANCHESTER CITY ARE TOTALLY ALIVE AGAIN!!!!!! pic.twitter.com/wTq84JAeJv
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) May 22, 2022
Etihad bergema dengan sorakan penyokong sekali lagi menerusi gol ketiga oleh Gundogan pada minit ke-81.
Ianya memberikan City kedudukan terbaik sekali lagi untuk menjadi juara musim ini.
3-2 Manchester City.
GUNDOGAN HAS GIVEN THEM THE LEAD AND THE PREMIER LEAGUE TITLE IS THEIRS AS THINGS STAND NOW!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! pic.twitter.com/Tcc6LM8Q2H
— 𝐀𝐅𝐂 𝐀𝐉𝐀𝐗 💎 (@TheEuropeanLad) May 22, 2022
Manchester City kemudian cuba memastikan kemenangan milik mereka dengan cuba mengawal penguasaan bola.
City mengesahkan kejuaraan mereka walaupun Liverpool menang 3-1 dalam satu lagi perlawanan.
Ianya adalah kejuaraan keempat daripada 5 musim terakhir Man City. Dengan menjadi kali kedua City menjadi juara dua musim berturut-turut.