Pemain baharu Man City, Jack Grealish mendedahkan bahawa dia menangis seperti Lionel Messi selepas meninggalkan kelab yang diwakilinya sejak sekian lama.

Grealish menyertai Manchester City dari Aston Villa dengan nilai peerpindahan £100 juta yang juga merupakan klausa pelepasan Grealish.

Nilai itu sekaligus menjadikan Jack Grealish sebagai pemain termahal dalam sejarah bola sepak Inggeris.

Ditanya tentang tekanan membawa tanda harga sebesar itu, Grealish menyatakan dia gembira kerana menganggap harga itu sebagai satu penghormatan kepadanya.

Meninggalkan Aston Villa untuk Man City bukan perkara mudah. Oleh sebab itu Grealish menangis seperti Messi.

Grealish yang bermain 213 kali serta menjaringkan 32 gol untuk Villa berkata:

“Ianya sangat sukar, saya rasa semua orang tahu betapa sukarnya perkara tersebut.”

“Saya kembali melapor diri untuk pra musim seperti dirancang. Ianya sukar kerana dalam kepala saya memikirkan bahawa saya mungkin akan pergi selepas ini.”

“Semua orang melihat sendiri cara Messi dalam sidang media terakhirnya dan itulah apa yang saya rasa.”

“Sebelum saya meninggalkan kelab [Aston Villa], saya bercakap dengan pasukan, staf dan rakan sepasukan, dan saya menangis sedikit masa tu.”

Grealish menyertai Man City dengan kontrak 6 tahun. Dan beliau menganggap harganya sebagai satu penghormatan baginya.

Grealish memecahkan rekod perpindahan kelab Inggeris yang sebelum ini dipegang Paul Pogba dengan £93.25 juta ketika menyertai semula Man United dari Juventus pada 2016.

“Perkara tersebut langsung tidak memberikan saya tekanan ataupun apa sahaja. Saya anggap ia satu penghormatan. Saya sebenarnya sukakannya, kerana saya rasa itu adalah tanda harga yang bagus untuk dimiliki.”

“Saya berpendapat, apabila kamu melihat kelab bola sepak membayar jumlah wang sebanyak itu untuk seorang pemain, bermakna mereka percayakan kamu dan menilai kamu deengan sangat tinggi serta melihat banyak potensi untuk bekerjasama.”

“Saya cuma melihat perkara itu sebagai positif. Sekarang ini, saya berharap akan dapat membalas balik kelab ini denga memenangi sebanyak piala yang boleh.”

Baca juga artikel

Messi Sebak Tinggalkan Barcelona Kerana Keadaan Memaksa

Barcelona Mahu Mahkamah Halang Perpindahan Messi Ke PSG

Barcelona Tawarkan Coutinho Ke Everton, Namun Ditolak