Lionel Messi rasminya meninggalkan Barcelona. Dan laporan oleh beberapa media di Eropah menyatakan bahawa pemain itu sudah bersiap sedia untuk memuktamadkan perjanjian dengan PSG.

Messi dijangka akan mengadakan sesi medikal esok dan akan diperkenalkan sebagai pemain PSG.

Messi dijangka akan bergabung semula dengan rakan baiknya Neymar dan juga bintang muda handalan Perancis, Kylian Mbappe untuk membentuk

Barcelona ternyata tidak gembira dengan berita itu kerana menganggap PSG memiliki ratio akaun FFP yang lebih teruk daripada mereka.

Peguam Barcelona sudah memfailkan aduan ke Mahkamah Rayuan Eropah / European Court of Appeals, mencadangkan bahawa, mahkamah harus menghalang PSG serta merta daripada menandatangani Lionel Messi.

Peguam, Juan Branco telah menunjukkan surat aduan Barcelona yang bertulis: “Mewakili rakan kongsi Barcelona, firma kami bersiap sedia untuk mengajukan bantahan bersama sama sa dengan jawatankuasa Eropah.”

“Dan kami mendesak penggantungan sementara sebelum mahkamah sivil dan pentadbiran di Perancis menghalang secara penuh PSG daripada menandatangani Lionel Messi.”

46447017-9875045-In_a_document_posted_by_Juan_Branco_the_lawyers_confirmed_they_a-a-56_1628472109489

“Ratio FFP PSG dari segi Financial Fair Play adalah lebih teruk daripada Barcelona.”

“Pada 2019/20, nisbah gaji vs pendapatan ialah 99%, sedangkan Barcelona cuma 54%. Ianya terus meningkat.”

“Sukar dipercayai bahawa FFP telah membuatkan “Financial Fair Play” berfungsi untuk memburukkan lagi peralihan perniagaan dalam bola sepak, instrumentalisasi bola sepak oleh kuasa mutlak, dan penyelewengan pertandingan.”

Sebelum ini penganalisis pasaran perpindahan Eropah Anthony Lapopolo berkata menerusi Twitternya:

“Bagaimana mungkin PSG memberikan Neymar €30 juta semusim, membayar €60 juta untuk Hakimi, dan membayar €75 juta gaji sebelum cukai kepada Messi, Donnarumma, Wijnaldum dan Ramos — dan pada masa yang sama malah memikirkan untuk menandatangani semula Mbappe [jika tidak melanjutkan kontrak baru] dalam satu musim yang sama. ”

donnarumma-2026

“Ini akan membuatkan mereka defisit €204 juta dari segi pendapatan? UEFA, hentikanlah sandiwara ini semua.”

“Pada Januari, akhbar Perancis L’Equipe menulis: Misi utama Leonardo adalah menjual beberapa pemain.”

Anthony merujuk kepada laporan yang menyatakan PSG mahu kekal berada di landasan FFP. Ini kerana PSG mahu melanjutkan kontrak Neymar dan Mbappe sebagai keutamaan mereka.

Seterusnya, Anthony juga menyindir UEFA yang dengan pantas menghukum kelab kelab di Turki dadn Romania sebelum ini atas kesalahan akaun mereka melebih had ditetapkan FFP dengan mendenda dan menggantung mereka daripada pertandingan Eropah.

Menurut Anthony, UEFA pilih kasih. Apabila tiba kepada kelab kelab besar seperti PSG, mereka sangat berlembut. Dan sudah beberapa kali PSG diberikan amaran dan akhirnya terlepas daripada hukuman.

Anthony menambah: “UEFA langsung tidak berbuat apa apa untuk memperbaiki imej organisasi mereka yang sebenarnya sudah muflis dari sudut moral dengan langsung tidak ada minat untuk membuatkan sukan ini lebih stabil.”

“UEFA berterusan hanya menghukum kelab lebih kecil yang melakukan kesilapan di pasaran perpindahan yang jauh lebih kecil berbanding PSG. Banyak kali dah, persepsi digunakan berbanding realiti.”

“Perbincangan harus diaadakan. Peraturan dalam bola sepak hanya akan berfungsi jika ianya melindungi semua pihak.”

“Kepada mereka yang menuduh saya hanya memetik nama PSG, ini dia, pada Mei lalu saya mengkritik Barcelona, atas sebab mereka melakukan perkara yang hampir sama.”

Lionel Messi sebelum ini gagal didaftarkan di La Liga oleh Barcelona kerana peraturan FFP di negara tersebut yang baru dirombak. Membuatkan Messi yang sudah setuju secara verbal dengan kontrak 5 tahun, terpaksa akur dan perlu mencari kelab baharu.

Baca juga artikel

Barcelona Tawarkan Coutinho Ke Everton, Namun Ditolak

Messi Sebak Tinggalkan Barcelona Kerana Keadaan Memaksa

Jika Messi Sertai PSG, UEFA Diminta Jelaskan Bagaimana Kelab Itu Boleh Lepas FFP?