FIFA dengan rasminya membuka jendela perpindahan bola sepak untuk Ukraine dan Rusia. Ini adalah jendela perpindahan khas yang dibuat untuk membantu pemain pemain yang mahu keluar dari negara yang terlibat konflik bersenjata itu.
FIFA dalam kenyataannya berkata: “Dalam usaha untuk membantu pemain yang mahu meninggalkan Rusia – serta beberapa kelab yang di bawah Football Union of Russia (FUR) gagal mencapai kesepakatan dengan pemain pemain serta jurulatih jurulatih asing sebelum 10 Mac 2022.
“Pemain pemain luar dan jurulatih berhak untuk menggantung kontrak sebelah pihak dengan majikan mereka dan juga dengan mana mana kelab di bawah naungan FUR -ini kerana situasi tidak menentu musim bola sepak di Rusia sehinga 30 Jun 2022.”
“Penggantungan kontrak, bermakna, pemain dan jurulatih dikira tiada kontrak sehingga 30 Jun 2022 dan boleh menandatangani kontrak dengan kelab lain selepas 30 Jun 2022 tanpa berdepan dengan mana mana hukuman.”
FIFPRO pula menyatakan bahawa cadangan FIFA ini hanyalah bersifat sementara dan meminta FIFA untuk memberikan kuasa kepada pemain dan jurulatih untuk menamatkan kontrak mereka dari sebelah pihak.
Seterusnya, Kesatuan Pemain Profesional ataupun FIFPRO berpendapat, ramai pemain tidak yakin akan dapat kembali semula ke Rusia selepas 30 Jun 2022 berdasarkan situasi semasa.
Seterusnya, FIFPRO meminta FIFA dan UEFA untuk menyediakan dana untuk membantu pemain dan jurulatih yang terjejas pendapatan mereka di Ukraine.
Ketika ini segala aktiviti bola sepak di Ukraine dan Rusia digantung sementara. FIFA dan UEFA secara sepakat turut mengenakan penggantungan ke atas pasukan kebangsaan Rusia dan kelab dari negara tersebut daripada beraksi buat sementara waktu – sehingga diberitahu kelak.
Baca juga perkembangan lain dari Eropah
Kerajaan Mexico Diminta Telus Dalam Laporan Tragedi Berdarah Liga MX
Selepas Menang Ke Atas Manchester United, Pep Guardiola Puji Liverpool