West Ham melayan kunjungan Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Olimpik London.
Para penyokong dibenarkan masuk ke stadium pada kapasiti terhad, buat julung kalinya.
Ole Gunnar Solskjaer mengambil keputusan yang mengejutkan untuk tidak bermain Bruno Fernandes dalam kesebelasan utama.
Tanpa pemain berusia 26 tahun, United bergantung pada Paul Pogba untuk membina serangan di bahagian tengah.
West Ham mendapat dua peluang menerusi Jarrod Bowen pada 10 minit pertama perlawanan.
Jarrod Bowen bermain dengan sangat baik pada babak pertama. Pada minit ke-35, Bowen melorongkan bola kepada Pablo Fornals, namun percubaan pemainnitu terkena tiang gawang.
Dan hanya berselang 3 minit kemudian, West Ham di hadapan menerusi Tomas Soucek yang menyambar hantaran Declan Rice.
Thomas Soucek opens the scoring against Man Utd 😎#WHUMUN pic.twitter.com/tvkSzUT2au
— GOAL (@goal) December 5, 2020
Pada separuh masa kedua, Ole Gunnar Solskjaer terus membuat pertukaran, mengelurkan Edinson Cavani dan Donny van de Beek – memasukkan Bruno Fernandes dan Marcus Rashford bermain.
Sejak daripada itu persembahan United jauh lebih baik. Pada minit ke-55, Rashford melakukan gerakan di sebelah kiri dan menghantar kepada Scott McTominay. Namun pemain antarabangsa Scotland itu melakukan rembatan yang hanya menyentuh jaring.
10 minit kemudian, Man United akhirnya mendapat gol penyamaan.
Ianya adalah worldie daripada Paul Pogba. Berpunca daripada hantaran Dean Henderson, bola disambut Bruno Fernandes yang kemudian melakukan hantaran ringkas kepada Pogba.
Paul Pogba vs West Ham United:
114 touches
85 passes completed (87%)
— 37 forward passes completed (80%)
10 recoveries
8 long passes completed
5 duels won
4 clearances made
1 goalNice. pic.twitter.com/Q6KLD2ULhX
— UtdArena (@UtdArena) December 5, 2020
Paul Pogba melakukan rembatan terus dan menerjah gawang. David Moyes membantah gol itu yang menurutnya, bola Henderson sudah keluar.
West Ham terus menderita. 2 minit kemudian giliran Mason Greenwood menyambar hantaran Alex Telles dan menjadikan kedudukan 1-2.
Sisa sisa perjuangan West Ham dibunuh Rashford yang menjaringkan gol daripada kedudukan 1 lawan 1 pada minit ke-78. Hanya 6 minit selepas percubaannya sebelum itu terkena tiang.
United merekodkan kemenangan kesembilan berturut turut di tempat lawan untuk aksi liga.
𝐖𝐖𝐖𝐖𝐖𝐖𝐖𝐖𝐖
9️⃣ in a row on the road for #MUFC in the #PL ❤
#️⃣ #WHUMUN pic.twitter.com/ptiEJ8vubp
— Manchester United (@ManUtd) December 5, 2020
Baca juga perkembangan lain
Pengarah Juventus Dituduh Berkomplot Penipuan Markah Ujian Luis Suarez
Napoli Rasminya Menukar Nama San Paolo Kepada Stadio Diego Maradona