Pengarah Juventus, Paratici dalam siasatan berhubung ujian bahasa Itali yang diambil Luis Suarez beberapa bulan lalu.
Pengarah sukan Juventus Fabio Paratici menghadapi siasatan jenayah berikutan tuduhan penyelewengan ketika Luis Suarez mengambil ujian kewarganegaraan Itali.
Pejabat Pendakwa Raya di Perugia menyatakan pada bulan September, ketika Juventus ingin menandatangani Suarez dari Barcelona, mereka mengesyaki ada perkara yang tak kena ketika itu.
Polis Perugia sudah dalam proses menyiasat University for Foreigners di Perugia ketika mereka meragui tentang markah ujian yang diperoleh oleh bintang Uruguay, Luis Suarez.
Suarez dilaporkan lulus cemerlang dalam ujian itu yang dianggap sangat sukar untuk mereka yang tidak pernah menetap lama di Itali.
Lalu, pihak pendakwaan menuduh, markah Luis Suarez sebenarnya dipalsukan.
Juventus mahu Suarez mendapatkan kewarganegaraan Itali untuk memastikan mereka tidak melebihi kuota pemain bukan EU yang dibenarkan dalam skuad mereka.
Suarez akhirnya bergabung dengan Atletico Madrid sebagai gantinya, dan Juventus telah menafikan melakukan kesalahan cuba memanipulasi sistem.
Juventus turut mengeluarkan kenyataan beberapa hari selepas itu menyatakan bahawa mereka tidak pernah berbincang secara formal dengan Luis Suarez.
Tetapi dengan pendedahan ini, ia membawa kepada cerita sebaliknya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Jumaat, kelab yang berpusat di Turin itu mengatakan: “Kelab Bola Sepak Juventus mengesahkan bahawa hari ini Fabio Paratici telah diberitahu mengenai maklumat mengenai jaminan dan hak pembelaan.”
“Kesalahan yang dituduh oleh Pejabat Pendakwa Raya di Mahkamah Perugia adalah secara eksklusif Pasal 371 bis Kanun Jenayah.”
Artikel itu bertajuk ‘Maklumat palsu kepada pendakwa atau pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa’.
#Juve director facing #Suarez probe!#Football @juventusfcen #Juventus wanted #LuisSuarez to secure #Italian citizenship in September, and the #Uruguayan took an exam that has triggered an #investigation.https://t.co/SUrX6cswBd
— Outlook India (@Outlookindia) December 5, 2020
Juventus menambah: “Kelab ini sangat tegas membela kebenaran kerja Paratici dan yakin bahawa siasatan yang sedang berlangsung akan membantu menjelaskan kedudukannya dalam masa yang sepatutnya.”
Berapa tahun dahulu, Juventus dituduh bersalah dalam skandal mengatur perlawanan dalam skandal calciopoli. Dan adakah kini mereka bakal dikenakan tindakan kerana mengatur keputusan ‘exam’ pula?
Baca juga perkembangan lain
Napoli Rasminya Menukar Nama San Paolo Kepada Stadio Diego Maradona