Manchester United berjaya menang ke atas Fulham dalam aksi yang mendebarkan dengan Bruno Fernandes menjadi inspirasi Red Devils sekali lagi.

Jaringan minit akhir Bruno Fernandes berjaya menyelamatkan Man United daripada keciciran mata sekali lagi dalam aksi EPL menentang Fulham.

Marcus Rashford direhatkan di bangku simpanan dengan keputusan itu diambil dikatakan tiada kaitan dengan apa yang berlaku minggu lalu di mana Rashford telah pergi ke kelab malam selepas kalah aksi derbi.

Dalam perlawanan menentang Fulham, Man United mendahului pada awal perlawanan. Namun gol itu dibatalkan VAR kerana Maguire berada di kedudukan ofsaid.

Manchester United berdepan kesukaran menembusi gawang Fulham. Kerana pertahanan lawan sangat kompak. Ditambah dengan ancaman daripada serangan balas lawan yang beberapa kali kelihatan agak mencemaskan.

Pada separuh masa kedua Erik Ten Hag mengarahkan pemain pemainnya lebih berani naik ke atas.

Dan Bruno Fernandes menjelmakan magisnya di markas Fulham yang ditagih oleh peminat United.

Fernandes yang mengawal bola Pellistri telah mengacah pertahanan dan kemudian menewaskan Bern Leno dengan percubaan yang sangat jitu.

Tamat perlawanan Fulham 0 Manchester United 1. Kemenangan yang membolehkan Manchester United berada di kelompok 8 teratas dalam carta Liga Perdana Inggeris. Dengan dipisahkan hanya 5 mata daripada kedudukan 4 teratas.

Terpancar kelegaan di wajah Erik Ten Hag. Selepas melalui minggu yang sukar sebelum ini. Erik Ten Hag menunaikan ikrarnya dengan berjanji sebelum ini bahawa mereka akan bangkit di Craven Cottage, sebaik sahaja mereka disingkirkan Newcastle dalam aksi Piala Carabao.

Fulham terus menjadi lawan dan destinasi kegemaran Man United. Di mana mereka memenangi kesemua 7 perlawanan liga menentang pasukan itu di Craven Cottage.