Pemain bintang besar Manchester United Marcus Rashford telah didapati pergi ke kelab malam hanya beberapa jam selepas kalah di tangan Manchester City pada aksi Liga Perdana Inggeris.

Berita itu dilaporkan oleh Daily Mail yang menganggap tindakan Rashford itu dikatakan berpotensi untuk mengecewakan jurulatih Erik Ten Hag.

Ini kerana Man United baru sahaja kalah di tangan musuh sebandar mereka Manchester City dalam derbi Manchester.

Manchester United serba serbi kekurangan dari segala aspek permainan dalam perlawanan tersebut berbanding lawan mereka. Erling Haaland mencetak 2 gol dan satu lagi gol menerusi Phil Foden.

Ten Hag: Man United Bermain Sangat Baik ‘First Half’ Namun Penalti Mengubah Segalanya

Jika tidak kerana ketangkasan Onana melakukan sekurang kurangnya 3 penyelamatan berkeas dunia, Man United boleh kalah lebih teruk.

Selepas perlawanan, Rashford menuju ke kelab malam yang merupakan tempat hiburan terkenal di Manchester. Dia datang ke sana untuk menyambut hari lahirnya yang ke-26 bersama keluarga dan saudara maranya.

Sambutan yang diketahui telah berakhir pada Isnin jam 03.30 pagi waktu tempatan itu turut dihadiri pemain Man United yang lain iaitu, Tyrell Malacia. Pemain Belanda itu masih dalam proses pemulihan daripda kecederaan.

Rashford hanya berehat beberapa jam dan datang ke sesi latihan pada hari berikutnya.

Setakat ini, masih tidak diketahui tentang pandangan Ten Hag mengenai perkara tersebut. Namun ramai merasakan tindakan Rashford itu bakal mengundang kemarahan Ten Hag.

Hal ini kerana Ten Hag sentiasa menggesa pemain pemainnya dalam kondisi terbaik untuk hadir ke latihan. Bagi memberikan kualiti terbaik mereka ketika latihan. Ini antara alasan kenapa Sancho disisihkan sebelum ini kerana tidak berada di tahap memuaskan.

Rashford juga mengecewakan musim ini. Penjaring terbanyak Manchester United musim lalu hanya menjaringkan satu gol sejak menandatangani kontrak baharu dengan gaji kenaikan gaji kepada £300 ribu seminggu itu pada Julai lalu.