Bekas penyerang skuad kebangsaan England, Darren Bent berpendapat Manchester United perlu melepaskan beberapa pemain sekiranya kelab tersebut mahu menamatkan kemarau kejuaraan.
Kali terakhir menjuarai Liga Europa 2016/17 ketika di bawah kendalian Jose Mourinho, Manchester United selepas itu jelas ketandusan kejayaan meskipun sudah membelanjakan jutaan ringgit untuk memperkuatkan pasukan.
Musim ini juga menyaksikan The Red Devils bakal menamatkan saingan tanpa sebarang kejuaraan apabila skuad yang kini dibimbing oleh Ralf Rangnick itu tersingkir daripada persaingan Liga Juara-Juara Eropah (pusingan 16) manakala mereka terlebih dahulu ditunjukkan jalan keluar oleh Middlesbrough dalam kempen Piala FA.
Sehubungan dengan itu, Bent merasakan Manchester United perlu melepaskan pemain-pemain seperti Cristiano Ronaldo, Fred dan Edinson Cavani untuk mengubah nasib kelab tersebut.
“Pemain yang anda perlu kekalkan ialah [David] de Gea, anda juga perlu kekalkan [Raphael] Varane. Saya merasakan anda memerlukan pemain bek kanan baharu,” ujar Bent menurut laporan Talksport.
“Saya tidak merasakan [Scott McTominay] cukup bagus buat pasukan tetapi dia merupakan produk anda sendiri. Tetapi haruskah dia dipertahankan untuk membangunkan pasukan? Saya rasa tidak.”
“Saya fikir Fred merupakan kes yang pelik kerana semua tahu bahawa dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, dia adalah pemain yang perlu meninggalkan pasukan.”
“Anda perlu pertahankan Sanho. Tetapi Cristiano Ronaldo, Edinson Cavani dan Anthony Martial perlu untuk meninggalkan pasukan.”
“Rashford adalah pemain yang jika ada pengurus baharu menyukainya, maka dia tahu apa yang harus dilakukan untuk Rashford. Jika dia boleh mendapatkan yang terbaik darinya, maka anda harus mengekalkannya kerana dia masih muda.”
“Pogba tetap akan pergi, dia berstatus ejen bebas pada penghujung musim nanti. Sekiranya Manchester United mempunyai sebarang perancangan, dia seharusnya pergi,” tambah Darren Bent lagi.
Teruskan membaca artikel lain mengenai bola sepak seluruh dunia seperti dibawah.
Singapura Umum Nazri Nasir Sebagai Jurulatih Interim Hadapi Malaysia Dan Filipina
Singapura Umum Nazri Nasir Sebagai Jurulatih Interim Hadapi Malaysia Dan Filipina