Luis Enrique mengakui bahawa dia mendengar kritikan tidak berasas yang dilemparkan kepadanya. Di mana ada peminat yang menuduh kem Sepanyol sekarang anti Real Madrid, sejak Enrique mengambil alih.
Enrique dikatakan sangat mudah untuk memanggil pemain pemain Barcelona dan dengan mudah juga menyisihkan pemain Real Madrid. Misalnya dalam Euro 2020 yang lalu, buat pertama kalinya pasukan Sepanyol beraksi tanpa kelibat pemain Real Madrid.
Enrique malah menyisihkan Sergio Ramos daripada pasukannya ketika itu.
Enrique menepis dakwaan bahawa dia tak sukakan Real Madrid. Sebenarnya, Enrique adalah salah seorang pemain yang bermain untuk kedua dua kelab Real Madrid dan Barcelona dalam kariernya dahulu.
Malah ada yang melabel Enrique sebagai legenda Real Madrid dan ada juga melabelnya legenda Barcelona.
Memang diakui Enrique lebih berjiwa Barcelona. Selepas menjadi pemain pun dia pernah menguruskan Barcelona.
Namun itu bukan alasan untuk Enrique membawa sentimen anti Real Madrid di dalam pasukan kebangsaan Sepanyol.
Beliau sebenarnya tidak memiliki banyak pilihan untuk pemain pemain Real Madrid. Kerana kelab itu dibanjiri ramai bintang dari luar negara. Hanya ada beberapa pemain Sepanyol yang sebelum ini konsisten menjadi pemain utama.
Selebihnya, kurang minit perlawanan dan mengalami masalah lain seperti kecergasan. Musim sebelum ini, hanya Marco Asensio, Dani Carvajal dan Sergio Ramos yang memiliki minit yang banyak.
Sebelum ini Enrique pernah menyatakan bahawa, beliau terpaksa menyisihkan nama seperti Carvajal kerana kecederaan.
🎙| Luis Enrique: "If Carvajal had not had injuries, he wouldn't have missed any call. I think he has returned to his level, I'm happy for him." pic.twitter.com/xy1D7QX0oK
— Madrid Xtra (@MadridXtra) November 5, 2021
Sementara itu, Ramos pula dilihat tidak cukup cergas untuk tugasan Euro. Sekarang Ramos masih lagi berusaha untuk pulih sepenuhnya.
Dani Carvajal sendiri tampil mempertahankan Luis Enrique dengan menyatakan bahawa pengurus mereka adil dalam pemilihan pemain tanpa mengiri latar belakang kelab.
Bercakap kepada Marca, Carvajal berkata: “Jurulatih memanngil pemain yang dia fikir akan membantu mencapai apa yang dia mahu, apa jua pasukan yang mereka mainkan. Itu kaedahnya, falsafah dan rancangannya.”
Carvajal kini dalam kem Sepanyol dalam persiapan kelayakan Piala Dunia. Belia akui ianya adalah tugasan yang berat untuk mereka semua.
Spain boss Luis Enrique doesn’t have an anti-Madrid agenda – Carvajal-ZellaNews https://t.co/UjXZGx5Fqs
— ZellaNews á… á… á… á… (@zella_news) November 10, 2021
“Bolehkah saya bayangkan Piala Dunia tanpa Sepanyol? Tidak pada masa ini, dan kita semua perlu bekerja keras untuk memastikan ia tidak berlaku,” tambah Carvajal lagi dengan nada sangat optimis.
“Saya tidak ingat [bila kali terakhir Sepanyol bermain dalam play-off]. Sebaiknya janganlah kami melalui fasa itu lagi,” tuntas beliau.
Baca juga artikel
Pemain Wanita PSG Ini Upah Gangster Cederakan Kaki Rakan Sepasukan Demi ‘First 11’
Vlahovic Tak Nak Angkat Panggilan Arsenal, Spurs Kini Dahului Persaingan