Pengurus Sepanyol, Luis Enrique telah menjelaskan bahawa dia terpaksa menyisihkan penjaga gol Manchester United, David de Gea daripada panggilan skuad kebangsaan terbarunya kerana pemain itu tidak sesuai dengan gaya taktikalnya.
De Gea adalah nama yang disisihkan yang paling menarik perhatian untuk kali ini. Hal ini kerana De Gea menjadi penjaga gol yang sangat cemerlang melakukan saves di gawang United.
De Gea malah banyak kali menyelamatkan pasukannya daripada keputusan lebih buruk. Dengan prestasi pertahanan Man United yang kerap dikritik musim ini, De Gea menjadi sebab untuk peminat Man United menarik nafas lega kerana dia penjaga gol yang sangat bagus.
Ramai yang menganggap De Gea merupakan penjaga gol terbaik Sepanyol pada prestasi semasanya ketika ini.
No De Gea in the Spain squad is more perverse than no Sancho in the England squad. Spain's best goalie by a distance https://t.co/u7qREvA2oO
— Samuel Luckhurst (@samuelluckhurst) March 18, 2022
Malangnya, De Gea terlepas panggilan untuk menentang Albania dan Iceland dalam perlawanan persahabatan antarabangsa. Enrique enamakan tiga penjaga gol dalam skuadnya, dengan membuat panggilan pertama untuk penjaga gol Brentford, David Raya.
Raya, yang tidak pernah mewakili Sepanyol di mana-mana peringkat, telah menunjukkan kecemerlangannya dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan telah mengekalkan lima rekod tanpa bolos dalam 15 perlawanan dalam musim sulungnya dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.
Raya yang pernah dikaitkan dengan Arsenal sebelum kelab itu memuktamadkan perjanjian dengan Aaron Ramsdale – merupakan penjaga gol yang terkenal dengan keupayaan hantaran dan boleh bertindak sebagai penjaga gol ‘sweeper’ serta ball playing.
Oleh itu, corak permainan yang ada pada Raya yang telah meyakinkan Enrique untuk membuat panggilan kebangsaan sulung untuk Raya, serta meninggalkan De Gea.
Penjaga gol No.1 Sepanyol, Unai Simon dan penjaga gol Brighton & Hove Albion, Robert Sanchez telah mengisi dua lagi tempat penjaga gol.
De Gea, ni convocado por Luis Enrique pic.twitter.com/keK456LOWx
— Jesús López (@_JesusLopez_) March 18, 2022
“Ia adalah sebahagian daripada hasil pengesanan yang kami lakukan ke atas penjaga gol,” kata Enrique, menjelaskan mengapa dia telah memberikan Raya panggilan pertamanya.
“Dia seorang pemain yang bermain dengan sangat baik.”
“Saya benar-benar mahu melihatnya dalam konteks pemilihan. Dia mempunyai profil yang diperlukan untuk bermain dengan pasukan kami.”
Gaya permainan adalah satu-satunya justifikasi yang Enrique boleh berikan untuk menjelaskan kenapa Raya dipanggil berbanding De Gea pada kali ini.
De Gea dalam risiko kehilangan tempat dalam pasukan Sepanyol yang akan beraksi di Piala Dunia jika ketiga tiga penjaga gol yang dipanggil Enrique menunjukkan keserasian dan pemahaman taktikal yang tinggi.
Walaupun cemerlang di peringkat kelab, kerjaya antarabangsa De Gea tidak pernah mencapai tahap yang diharapkannya. Dia hanya membuat 45 penampilan untuk skuad senior dan masih belum beraksi sejak menang 1-0 ke atas Ukraine pada Oktober 2020.
De Gea sebelum ini merampas slot no.1 daripada Iker Casillas. Namun beberapa tahun kemudian dia pernah disaingi oleh Kepa Arrizabalaga. Tetapi kedua duanya menunjukkan prestasi kurang cemerlang selepas itu dan membuatkan mereka kehilangan slot no.1 kepada Unai Simon.
De Gea merupakan pemain gantian yang tidak digunakan sepanjang Kejohanan Eropah musim panas lalu dan tidak memainkan sebarang peranan dalam kempen kelayakan Piala Dunia Sepanyol.
Setelah diketepikan untuk dua perlawanan persahabatan sebelum ini, ramai merasakan bahawa bahawa Enrique tidak merancang untuk memasukkannya dalam skuadnya untuk dibawa ke Qatar akhir tahun ini.
Luis Enrique hints why Man United star De Gea has been left out of Spain squad #mufc https://t.co/ZfwzdEfhZV
— Man United News (@ManUtdMEN) March 18, 2022
Agak ironi kerana Luis Enrique antara calon yang dikehendaki Manchester United. Selain itu, United juga mahukan Erik Ten Hag yang juga terkenal dengan kecenderungan untuk bermain dengan ball playing keeper.