Eden Hazard berdepan dengan beberapa siri kecederaan sejak menyertai Real Madrid.

Ketika beliau cergas musim ini, Hazard tetap tidak beraksi sebagai kesebelaan utama. Ancelotti baru baru ini mendedahkan bahawa, Hazard sekarang bermain bersama jurulatih yang lebih memilih pemain lain seperti Vinicius Jr untuk bermain di posisi wing kiri.

Kecederaan bukan satu satu masalah kepada Eden Hazard di Madrid. Sebaliknya pemain itu turut disisihkan kerana masalah disiplin.

Dalam masa 3 tahun di Bernabeu, Hazard hanya bermain 54 kali. Sangat jauh daripada harapan Real Madrid yang menganggap dia adalah pengganti Cristiano Rpnaldo sebelum ini.

Musim ini Hazard lebih cergas dan bebas daripada kecederaan. Namun Ancelotti agak tidak berpuas hati dengan disiplin Hazard.

El Chiringuito menyatakan:

“Minit permainan tidak lagi diberikan kepada Hazard kerana sikapnya yang buruk dan kurang profesionalisme. Jurulatih di Real Madrid hampir berputus asa terhadapnya,”

Ini bukan kali pertama Hazard menunjukkan sisi buruknya di Real Madrid. Pada pra-musim pada 2019 dan 2020, dia tidak mengekalkan diet sehingga berat badan berlebihan dalam sesi latihan.

Hazard sebelum itu selalu melakukannya ketika di Chelsea. Dia akan gemuk pada awal pra musim dan kemudian berjaya kurus sebelum musim bermula.

https://twitter.com/PurelyFootball/status/1455248008195493891

Namun di Real Madrid, dengan keadaan fizikalnya yang sudah semakin berusia, agak sukar dia melakukan perkara seperti itu.

Zidane yang ketika itu menguruskan Real Madrid, menyatakan beliau sangat kecewa dengan disiplin Hazard kerana membawa berat badan berlebihan sehingga 12 kg daripada berat badan unggulnya.

Seterusnya pada musim lalu, Hazard gagal beraksi cemerlang berdepan kelab lamanya dalam aksi Liga Juara Juara Eropah dan disingkirkan The Blues. Peminat Real Madrid sangat marah kerana selepas tamat perlawanan, Hazard masih bergurau senda dengan bekas rakan sepasukannya, Kurt Zouma, sambil tersenyum dan ketawa.

Hazard kemudian tampil dengan permohonan maaf melalui media sosial. “Saya telah membaca banyak pendapat tentang saya hari ini, dan bukan niat saya untuk menyinggung perasaan peminat Real Madrid,” kata Hazard.