Pemain tengah PSG, Aminata Diallo telah ditahan berhubung serangan ke atas rakan sepasukannya di PSG, Kheira Hamraoui.
L’Equipe melaporkan bahawa serangan itu berlaku selepas perjumpaan pasukan pada 4 November.
Hamraoui menghadiri jamuan berpasukan di sebuah restoran berhampiran Bois de Boulogne di Paris, dan pulang ke rumah dengan beberapa rakan sepasukan, termasuk Diallo, yang memandu kereta ketika itu.
Pada kira-kira jam 10 malam, dua lelaki bertopeng menghampiri kereta itu, salah seorang daripada mereka berjaya membuka pintu penumpang dan mengheret bekas pemain Barcelona Hamraoui dari kereta. L’Equipe menambah bahawa lelaki itu mula menyerang kaki pemain dengan palang besi sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.
Pemain itu kemudian dibawa ke hospital di Poissy di mana dia dirawat kerana kecederaan pada tangan dan kakinya.
Oleh itu, dia diketepikan daripada kemenangan 4-0 PSG menentang Real Madrid dalam Liga Juara-Juara pada hari Selasa. Aminata pula menjadi pilihan utama untuk posisi defensive midfielder.
Aminata Diallo du #PSG pic.twitter.com/HZvD7jTvju
— PSG FANS (@psg_page_fan) November 9, 2021
Diallo, yang menyertai PSG sejak 2016, dilaporkan ditahan pada Rabu 10 November atas dakwaan terlibat dengan serangan ke atas pemain tengahnya.
Kenyataan daripada PSG berbunyi: “Paris Saint-Germain mengambil maklum tentang tahanan polis Aminata Diallo pagi ini oleh SRPJ Versailles sebagai sebahagian daripada prosiding yang dimulakan berikutan serangan pada petang Khamis lalu terhadap pemain kelab.”
“Sejak petang Khamis 4 November, Kelab telah mengambil semua langkah yang perlu untuk menjamin kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan pemain pemain.”
“Paris Saint-Germain sedang bekerjasama dengan Versailles SRPJ untuk menjelaskan fakta. Kelab mengambil perhatian terhadap perkembangan prosedur dan akan mengkaji tindakan susulan yang akan diberikan kepadanya.”
Club statement
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) November 10, 2021
Hamraoui, 31, kini bermain untuk kelab Perancis itu buat kali kedua, selepas bermain di ibu kota Paris antara 2012 dan 2016.
Dia kemudian bermain dua musim di Lyon dan Barcelona, meraih dua kejuaraan liga dan dua Liga Juara-Juara Eropah bersama kelab Perancis itu, serta dua lagi kejuaraan liga dan trofi Liga Juara-Juara di Barcelona.
😳😳😳
Kheira Hamraoui, jugadora del PSG, fue agredida en la calle días atrás. Según @lequipe, hoy han detenido a su compañera de equipo Aminata Diallo como presunta culpable de haber contratado a los asaltantes. Todo para poder jugar ante el Madrid en Champions, como así ocurrió pic.twitter.com/GVyaJoJHlB— Manu Heredia (@ManuHeredia21) November 10, 2021
Dia kembali ke Paris pada musim panas lalu. Kedua-dua Diallo dan Hamraoui adalah pemain antarabangsa Perancis.