Manchester United meraih kemenangan pertama di Old Trafford musim ini dalam saingan Liga Perdana setelah menewaskan West Brom, selepas 4 perlawanan mereka gagal sebelum ini.
Tuan rumah menang hasil gol tunggal yang dijaringkan oleh Bruno Fernandes. Pemain tengah Portugal itu menjaringkan gol Sam Johnstone menerusi sepakan penalti.
Drama VAR dan penalti menghiasi aksi di Old Trafford. West Brom awalnya diberikan penalti pada minit ke-47, namun VAR menarik semula penalti itu.
Selepas itu, pada minit ke-53, Man United diberikan penalti. Penjaga gol West Brom menyelamatkannya, tetapi VAR memberikan penalti diambil semula kerana penjaga gol keluar dari garisan lebih awal.
Pada cubaan kedua, Bruno Fernandes menyempurnakannya.
47': WBA given penalty
48': VAR overturns WBA penalty
53': Man Utd given penalty
55': WBA keeper saves penalty
56': Penalty save overturned by VAR for keeper off his line
56: Bruno scores at second attempt
Peak VAR š pic.twitter.com/JusGe13VWb
— B/R Football (@brfootball) November 21, 2020
Bruno Fernandes menganggap kemenangan pertama di halaman sendiri ini sebagai kemenangan penting.
“Sudah tentu sangat penting bagi kami untuk memenangi perlawanan ini,” kata Fernandes di laman web rasmi kelab.
“Pertama sekali bukan kerana ini adalah kemenangan liga pertama kami di Old Trafford tetapi kerana kami perlu mendapat mata dalam liga.”
Namun begitu, Bruno Fernandes merasakan pasukannya harus memenangi perlawanan ini dengan skor yang lebih baik daripada apa yang mereka lakukan.
“Ia adalah perlawanan yang sukar. Kita boleh melakukan yang lebih baik. Kami mencipta banyak peluang, dan kami mempunyai kualiti untuk melakukan yang lebih baik,” tambah pemain terbaik Man United setakat ini.
Baca juga perkemban lain
[VIDEO] Kesilapan ‘Fatal’ Ter Stegen Buat Barcelona Menderita Kekalahan Ketiga
Kalah Di Tangan Spurs, De Bruyne Dan Guardiola Kecam Pengadil