Kesalahan tidak masuk akal oleh Marc-Andre ter Stegen telah memberikan Atletico Madrid gol yang penentuan ketika mereka mengalahkan Barcelona 1-0 di Wanda Metropolitano.
Aksi tumpuan tersebut hanya diselesaikan oleh Atletico Madrid menerusi gol tunggal oleh Yannick Carrasco pada minit ketiga waktu kecederaan separuh masa pertama.
Ronald Koeman turun dengan formasi 4-2-3-1 dan memberikan bekas penyerang Atletico, Antoine Griezmann peranan nombor sembilan.
Ter Stegen – yang baru beraksi bersama Blaugrana buat kali ketiga dalam semua pertandingan sejak kembali dari kecederaan lutut – terburu-buru mengejar bola di dekat dengan bulatan tengah dan diatasi oleh Carrasco, yang terus tenang menjaringkan gol.
For a moment, Ter Stegen thought that he was Manuel Neuer.#AtletiBarça pic.twitter.com/XPqhNyTWXE
— 💷 (@SXCWireless) November 21, 2020
Usaha Ter Stegen untuk ‘sweeping’ bola tersebut ternyata berubah menjadi tragedi.
Marc-Andre Ter Stegen with the most bizarre keeper error of the weekend. Of the season.
Enjoy folks😂 pic.twitter.com/k4MMsvtD5Q
— Roddur (@roddur_016) November 21, 2020
Ianya kesilapan yang tidak dapat ditebus oleh Barca, yang menelan kekalahan ketiga mereka dalam La Liga musim ini.
Lebih malang, Barca juga kehilangan Gerard Pique akibat kecederaan lutut. Ini terus memberikan masalah kepada Koeman dalam fasa awalnya di Barcelona.
Atletico Madrid ternyata tampil dengan bertenaga dalam perlawanan ini. Mereka berjaya mengimbangi pasukan pelawat dalam pelbagai aspek permainan.
Dengan kekalahan tersebut, Barcelona kini berada di tangga ke-10, selepas 3 kemenangan, 2 seri dan 3 kekalahan. Ini adalah permulaan terburuk Barcelona dalam liga, menyamaai rekod buruk mereka 29 tahun lalu.
Manakala Atletico Madrid berada di tangga ke ke-2, dengan 20 mata, selepas enam kemenangan dan 2 seri. Atletico kekal satu satunya pasukan yang tak kalah di dalam Liga.
Baca juga perkembangan lain
Kalah Di Tangan Spurs, De Bruyne Dan Guardiola Kecam Pengadil
Pep Guardiola Terus Kekal Di City Sehingga 2023, Tolak Tawaran PSG Dan Juve