Duo sensasi Manchester United Paul Pogba dan Bruno Fernandes dilaporkan mengalami cedera ketika dalam latihan semalam.
Mereka menjadi keraguan terbesar sama ada boleh bermain atau tak dalam aksi EPL seterusnya pada malam ini.
Pogba dan Fernandes telah meningkatkan persefahahaman mereka ketika berada di peadang bersama sejak bola sepak kembali semula – dan cuba membantu Man United untuk mara ke Liga Juara Juara Eropah musim hadapan.
Mereka beraksi cemerlang dalam beberapa perlawanan mereka bergandingan termasuk ketika menewaskan Brighton.
United tidak memberikan komen mengenai insiden itu tetapi kecederaan jangka panjang pastinya mengancam permulaan mereka yang luar biasa sejak kembali semula aksi bola sepak,
Pasukan Ole Gunnar Solskjaer masih tidak terkalahkan sejak memulakan semula bola sepak dan dua mata di belakang Chelsea di tempat keempat.
https://twitter.com/MirrorFootball/status/1279113046246469637
Minggu lalu, jurulatih United, Michael Carrick membincangkan gandingan antara Fernandes dan Pogba – yang mengetengahkan keseimbangan serta kestabilan bahagian tengah pada ketika ini.
Carrick berkata: “Kita faham mengapa banyak persoalan ‘bolehkah mereka bermain bersama’ kerana mereka adalah dua bakat hebat.”
“Kami merasakan kami mempunyai keseimbangan yang sangat baik di tengah, di bahagian antara pemain lain.”
“Adalah tidak adil untuk memisahkan mereka daripada bermain bersama dengan bertanya ‘bolehkah mereka bermain bersama’.”
“Sudah Bruno dan Paul – saya yakin mereka boleh bermain bersama.”
Baca juga perkembangan lain dari Eropah