West Ham memperoleh kemenangan penting ke atas Chelsea untuk berada tiga mata daripada zon penyingkiran.
Super-sub Andriy Yarmolenko menjaringkan gol kemenangan minit akhir untuk memberikan harapan kepada West Ham untuk terusk kekal dalam Liga perdana Inggeris.
Yarmolenko menjaringkan gol pada minit ke-89, hanya 11 minit selepas beliau dimasukkan.
West Ham terlebih dahulu di hadapan, namun gol Soucek dibatalkan oleh VAR.
Sudahlah ditarik gol, West Ham memberikan penalti kepada Chelsea pula – yang disempurnakan oleh Willian pada minit ke-42.
Namun sebelum masuk ke bilik persalinan Soucek kali ini benar benar menjaringkan gol yang sah untuk menyamakan kedudukan.
Ia membuatkan para pemain Chelsea tergamam.
Pada separuh masa kedua, Chelsea di hadapan menerusi Michail Antonio.
Willian sekali lagi mencetak jaringan untuk menyamakan kedudukan.
Namun bencana buat Chelsea, apabila mereka bocor pada minit akhir. Ketika mereka sedang ghairah mencari gol kemenangan.
West Ham menyerang balas Chelsea untuk gol kemenangan.
Gol kemenangan itu dijaringkan oleh Andriy Yarmolenko. Di mana beliau memintas masuk ke dalam dan menewaskan Kepa Arrizabalaga.
Ice in his veins ❄️ pic.twitter.com/TFUusEb9gF
— West Ham United (@WestHam) July 1, 2020
Para pemain Chelsea tidak mempunyai masa lagi untuk membalas gol tersebut.
Kekalahan Chelsea ini membuatkan Man United kini hanya dibezakan 2 mata untuk persaingan 4 teratas.
3rd – Leicester (55)
4th – Chelsea (54)
5th – Man United (52)
6th – Wolves (52)Let the race begin 😍 pic.twitter.com/oOIBOl2mWZ
— ESPN FC (@ESPNFC) July 1, 2020
Nanmpaknya persaingan ke UCL musim hadapan agak sengit.
Baca juga perkembangan lain
Sepakan Percuma Lewat Iago Aspas Beri Real Madrid Kelebihan Ke Atas Barca