Juventus menang 4-0 atas penghuni yang berada di zon penyingkiran, Lecce, pada aksi Serie A yang berlangsung di Turin.

Bintang I Bianconerri, Cristiano Ronaldo, mencetak satu gol dan dua assist untuk kemenangan tersebut.

Gol pembuka kemenangan Juventus adalah menerusi Paulo Dybala – assist dari Cristiano Ronaldo pada minit ke-53.

Dan kemudiannya, Ronaldo meledak gol melalui sepakan penalti pada minit ke-62.

Dua gol lagi adalah menerusi Gonzalo Higuain dan Matthijs de Ligt. Gol tersebut masing masing dijaringkan pada minit ke-83 dan ke-85.

Juventus bermula agak sukar dalam perlawanan ini. Namun pasukan pelawat kemudian dikurangkan kepada 10 pemain selepas kad merah diterima oleh bek tengah Lecce, Fabio Lucioni pada minit ke-33.

Lucioni mendapat kad merah itu selepas kekasaran ke atas Rodrigo Bentancur.

Namun Juventus terpaksa menunggu sehingga ke separuh masa kedua untuk gol pembukaan mereka di dalam perlawanan ini.

Kemenangan ini menyaksikan Juventus kini 7 mata di puncak liga dalam usaha mereka mahu menjadi juara sekali lagi.

Pencabar terdekat mereka iaitu Lazio masih ada satu lagi perlawanan kurang daripada Juventus.

https://twitter.com/IFTVofficial/status/1276630064239706115

Nampak gayanya Juventus masih sukar untuk dicabar di Itali. Dan mereka semakin menambahkan jurang mata dengan pencabar mereka.

Dan Maurizio Sarri pasti sedar, kegagalan bukan opsyen untuk beliau dalam kempen liga kali ini selepas terlepas dua ‘cup competition’ sebelum ini.

Baca perkembangan lain

Klopp: Lebih Bermakna Daripada Yang Saya Fikirkan

Barcelona Setuju Tukar Arthur Dengan Pjanic, Adakah Ia Langkah Tepat?

McTominay Tandatangani Kontrak Baharu