Juventus dilaporkan setuju untuk membayar €80 juta untuk pemain kebangsaan Brazil, Arthur Melo.
Selain itu, Juventus dan Barcelona juga dikatakan masih berunding untuk Miralem Pjanic yang dikaitkan dengan perpindahan bertentangan.
Jadi, ianya akan menjadi ‘swap deal’ di antara kedua dua kelab.
Berbanding dengan Arthur, Pjanic terang terangan menyatakan beliau berminat untuk menyertai pasukan seperti Barcelona.
Namun buat masa ini perpindahan Miralem Pjanic masih gagal dipersetujui kerana tanda harga.
Juventus dilaporkan meminta €70 juta untuk Pjanic. Yang dianggap terlalu mahal oleh Barcelona.
Kini Barcelona cuba berunding dengan Arthur tentang perpindahan itu. Selepas pemain itu dikatakan tidak berminat untuk meninggalkan Barcelona.
Arthur menyatakan perkara itu pada bulan lalu. Beliau mahu terus kekal bersama dengan kelab Catalan itu.
Juventus memiliki lambakan pemain tengah. Namun Maurizio Sarri tetap mahukan Arthur untuk membina sistem permainan di tengah berasaskan pemain tersebut.
Pjanić to Barcelona player-swap w/ Arthur to Juventus expected to be official before June 30th
Minor things left to finalize, but both clubs have agreed & the player has agreed personal-terms. 🇧🇦 pic.twitter.com/r5mmSm0Tyh
— BH Live 🇧🇦 (@BHlive_official) June 22, 2020
Juventus juga dijangka akan melepaskan beberapa pemain tengah mereka. Antaranya Aaron Ramsey dan Adrien Rabiot yang dilihat tiada dalam perancangan Maurizio Sarri setakat ini.
Sarri mendapati Arthur sebagai pemain yang mampu menjadi ‘Jorginho’ ketika di Napoli dan Chelsea.
Juventus menawarkan kenaikan gaji luar biasa kepada €5 juta setahun.
Adakah ia langkah tepat dari Barcelona melepaskan Arthur?
Arthur antara pemain tengah yang meningkat naik. Beliau mungkin akan menjadi Thiago Alcantara yang sebelum ini dilepaskan Barcelona.
Barcelona dilaporkan terdesak mahukan dana untuk melanjutkan kontrak Lionel Messi dan menandatangani beberapa lagi pemain.
Kesan covid-19 ke atas kewangan Barca sangat kuat ketika ini.
Barca dilihat cuba mendapatkan keuntungan daripada Arthur dan cuba mendapatkan pemain seperti Pjanic.
Namun tanda harga yang hanya kurang €10 juta daripada harga Arthur dilihat sebagai halangan mereka untuk bermain dengan penjualan Arthur bagi mendapatkan wang.
Miralem Pjanic berdepan dengan isu konsitensi pada musim ini. Malah Maurizio Sarri sendiri mengakui Pjanic tidak cukup bagus untuk pemain yang memiliki reputasi sepertinya.
Baca juga perkembangan lain dari Eropah