Juventus berjaya menjaga kedudukan mereka di puncak Serie A selepas kemenangan penting mereka ke atas Bologna.
Bianconeri menang 2-0 dalam pertemuan tersebut yang turut menyaksikan Cristiano Ronaldo kembali meledak selepas dikritik kerana aksinya dalam final Coppa Italia.
Kemenangan ini membolehkan skuad bimbingan Maurizio Sarri mengumpul 66 mata selepas 27 aksi.
Dan menjarkkan diri 4 mata dari Lazio yang akan turun sehari lewat.
Bologna pula masih di tempat ke-10 dengan meraih 34 mata.
Bologna memberikan saingan sengit kepada Juventus. Di mana mereka berjaya memiliki penguasaan bola 47% berdepan skuad serba bintang Juve.
Ronaldo mengancam gawang Bologna sewal minit ke-7, namun sepakannya diselamatkan Lukasz Skorupski.
Minit ke-17, Ronaldo sekali lagi berpeluang untuk mencipta sesuatu. Namun sepakan percuma beliau masih lagi tidak memuaskan pada musim ini.
Enam minit kemudian, Ronaldo akhirnya berpeluang menjaringkan gol selepas Stefano Denswil menjatuhkan Matthijs de Ligt dalam kotak penalti.
Ronaldo yang ditugaskan sebagai penendang penalti itu menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin.
June 12: Cristiano Ronaldo misses penalty vs Milan
June 22: Cristiano Ronaldo scores penalty vs Bologna
He was never going to miss two in a row 💪#BolognaJuventus pic.twitter.com/d1C8NS7v8W
— GOAL (@goal) June 22, 2020
Itu adalah jaringan ke-120 Cristiano Ronaldo menerusi sepakan penalti di dalam kariernya.
Cristiano Ronaldo has now scored 120 career penalties ⚽️ pic.twitter.com/e6qSOHB7Er
— ESPN FC (@ESPNFC) June 22, 2020
Ketinggalan satu gol, Bologna coba membalas. Pada minit ke-36 Gary Medel menguji Wojciech Szczesny. Namun gagal untuk membolosi gawang penjaga gol itu.
Tak lama berselang, Bianconeri menggandakan kelebihan gol mereka. Paulo Dybala menjaringakn gol kedua selepas menerima umpanan Federico Bernardeschi.
Tiada tambahan gol terhasil pada separuh masa kedua. Sebaliknya ada satu kad merah untuk Danilo pada masa kecederaan selepas mengutip kad kuning kedua.
Baca juga perkembangan lain tentang Cristiano Ronaldo
Presiden La Liga Anggap Messi Ikon La Liga, Ronaldo Pergi Tak Berikan Impak
CFO Juventus: ‘Kami Tak Akan Bayar Gaji Pogba Sama Dengan Ronaldo’