Cristiano Ronaldo telah dikecam hebat kerana tindakannya sekali lagi tidak mahu mengambil penalti lebih awal.
Dan ada yang menuduh Ronaldo sebenarnya mahu mengambil sepakan penalti kelima.
Kisah yang hampir sama ketika beliau bersama Portugal dalam Piala Konfederasi 2017 menentang Chile dan ketika berdepan Sepanyol pada Euro 2012.
Dalam penentuan sepakan penalti, amat penting untuk pemain yang merupakan pengambil utama sepakan penalti mengambil sepakan awal.
Ini kerana ia boleh meredakan tekanan kepada rakannya yang lain.
Namun bintang Portugis itu dilihat tidak berbuat demikian, kerana dipercayai mahu menjadi wira kemenangan pasukannya dengan penalti kelima.
Selepas kegagalan Paulo Dybala dan Danilo gagal dalam tugasan mereka, Arkadiusz Milik tampil untuk memberikan kejuaraan kepada skuad bimbingan Gennaro Gattuso – Napoli.
Ramai yang menuduh Ronaldo terlalu ego dan mengejar nama individu.
https://twitter.com/SHOOTINHOO/status/1273361674330869760
Ada yang menuduh Ronaldo terlalu obses untuk menjadi wira kemenangan sehingga membuatkan pasukannya dalam risiko.
Ronaldo’s obsession with being the hero has cost his team yet again. Imagine being one of the best penalty takers oat and letting Danilo take one ahead of you just because you want the 5th.
— . (@xJude22) June 17, 2020
Selepas tamat perlawanan Maurizio Sarri turut menganggap Ronaldo sebagai tumpul walaupun berada dalam kondisi fizikal yang terbaik.
Ini adalah kali pertama dalam sejarah karier Ronaldo kalah dua final berturut turut. Sebelum ini beliau merasai kekalahan bersama Juventus dalam final Supercoppa Italia.
Napoli meraikan kejuaraan Coppa Italia keenam dalam sejarah kelab mereka.
Ia juga mengakhiri kemarau piala mereka. Ini juga piala pertama Gennaro Gattuso sebagai pengurus.
Baca juga perkembangan lain
Highlight EPL: City Tewaskan Arsenal 3-0, David Luiz Pamer Aksi Teruk