Napoli berjaya menjuarai Coppa Italia 2019/20 selepas menewaskan Juventus.
Pertarungan berlanjutan sehingga ke penentuan sepakan penalti selepas seri 0-0.
Paulo Dybala dan Danilo gagal menyempurnakan tugas mereka. Dan sekaligus memberikan kemenanangan 4-2 kepada penalti dalam penentuan sepakan penalti.
Ini merupakan kejuaraan pertama Gennaro Gattuso sebagai pengurus selepas dilantik menjadi pengendali Napoli pada pertengahan musim menggantikan sifunya, Carlo Ancelotti.
Lebih menarik, apabila peminat Napoli menikmati kejayaan menewaskan pasukan bimbingan Maurizio Sarri selepas pengurus itu menyertai Juventus.
Arkadiusz Milik menjaringkan penalti kejuaraan buat Napoli.
Maurizio Sarri terlepas satu lagi peluang terbaik untuk memenangi piala. Ini kali kedua beliau tewas dalam pertandingan piala bersama Juventus.
Napoli beat Juventus to lift the Coppa Italia 🏆🇮🇹 pic.twitter.com/lT1gGugn5O
— GOAL (@goal) June 17, 2020
Sebelum ini tewas dalam perebutan Piala Super Itali – kalah di tangan Lazio.
Buat masa ini, Sarri cuma ada 1 kejuaraan major di dalam tangannya iaitu UEL bersama Chelsea.
Sarri dan Juventus juga masih jauh daripada selesa untuk kejuaraan Serie A. Ini kerana mereka hanya ada kelebihan 1 mata sahaja di atas Lazio.
Sarri menyatakan beliau tidak memberikan sebarang ucapan selepas tamat perlawanan kerana kesemua pemain terlalu kecewa dengan kekalahan mereka.
Gennaro Gattuso pula menegaskan akhirnya dewa bola sepak mengurniakan mereka sesuatu selepas melihat kerja keras mereka selama ini.
https://twitter.com/IFTVofficial/status/1273377758085894144
Gattuso hampir menjulang kejuaraan ini sebagai pengurus sebelum ini ketika bersama AC Milan. Namun tewas 4-0 di tangan Juventus pada aksi final.
Kejayaan ini menjamin tempat Napoli di UEL musim hadapan. Namun mereka masih berusaha mengejar slot ke UCL. Mereka dibezakan 8 mata daripada pasukan di tangga keempat Atalanta.
Baca juga perkembangan lain dari Eropah
Highlight EPL: City Tewaskan Arsenal 3-0, David Luiz Pamer Aksi Teruk