Manchester City kembali menyambung kempen EPL mereka dengan menjamu kunjungan pasukan Arsenal.

Sepak mula di Etihad, sebaik sahaja aksi di antara Aston Villa dan Sheffield United berakhir dengan 0-0.

De Bruyne hampir meletakkan Man City di hadapan seawal minit keempat. Namun sepakan percumanya ditepis Bernd Leno.

Dua minit kemudian, pada minit keenam,  Granit Xhaka terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan.

Man City terus berusaha mengasak ke kubu Arsenal. Pablo Mari kemudian terpaksa diusung keluar padang pada minit ke-23 dan digantikan dengan David Luiz.

Leno kemudian menafikan percubaan Raheem Sterling dan David Silva.

Namun pada masa kecederaan separuh masa pertama, kecuaian dan aksi gugup Luiz membuatkan Sterling mendapat manfaat – terus merembat masuk bola untuk gol pertama.

https://twitter.com/i/status/1273349406666915842

Bersambung babak kedua, hanya 4 minit aksi, David Luiz  diatasi oleh Riyad Mahrez. Luiz kemudian menarik pemain itu untuk memberikan penalti dan dia dibuang padang.

Kevin De Bruyne tampil untuk menyempurnakan penalti bagi City.

Ketika perlawanan seolah olah berakhir dengan keputusan 2-0, Aguero melakukan percubaan yang terkena tiang, Foden menyambarnya untuk gol ketiga.

Kemenangan ini menangguhkan seketika kejuaraan Liverpool. Di mana City berjaya mengurangkan defisit mata kepada 22 mata.

Arsenal gagal mencipta sebarang percubaan tepat dalam perlawanan ini.

Kekalahan ini membuatkan Arsenal gagal menggunakan kesempatan untuk mengurangkan jurang mata dengan pasukan di tangga keempat Chelsea.

Baca perkembangan lain dari EPL:

Aubameyang Dedah Tiada Apa Pun Dicapai Dengan Arsenal Setakat Ini

Kelajuan Broadband Man City Paling Lembab Di EPL

Black Lives Matter Ganti Nama Pemain Pada Jersi EPL