Jika anda berkunjung ke stadium, pastinya internet adalah perkara yang anda mahu akses dengan kelajuan tinggi.
Bagi petugas media pula, kelajuan internet pastinya perkara terpenting untuk mereka membuat laporan dengan sepantas kilat.
Di Liga Perdana Inggeris, satu susunan ranking tentang stadium mana yang ada kelajuan broadband paling laju.
5 terpantas
Vicarage Road milik watford merupakan stadium dengan kelajuan internet tertinggi dengan 81.5Mbps.
Di tempat kedua adalah King Power Stadium milik Leicester dengan 78.5Mbps.
Stadium Emirates menepati statusnya sebagai salah sebuah stadium moden dengan kelajuan 76.3Mbps.
Sementara Bournemouth (Vitality Stadium) dan St Mary’s (Southampton) masing masing di tangga ke-4 dan ke-5 dengan 76.2Mbps dan 76Mbps.
Agak mengejutkan apabila stadium baru serba canggih Tottenham gagal berada di 10 teratas. Hanya berada di tangga kesebelas dengan speed 72.0Mbps.
5 paling lembab
Newcastle yang bermain di St James memiliki kelajuan internet hanya 61.7Mbps di tanggan ke-16 dalam carta.
Sementara di tangga ke-17 adalah stadium klasik Stamford Bridge (Chelsea) dengan 60Mbps sahaja.
Di tangga ke-18 adalah Bramall Lane, halaman untuk Sheffield United dengan kelajuan hanya 55.7Mbps.
Di tangga ke-19 adalah Villa Park milik Aston Villa yang hanya ada kepantasan internet 55.0Mbps.
Paling lembab adalah Man City. Agak mengejutkan kerana ‘sheikh’ di City telah membelanjakan ratusan juta untuk pemain dan fasiliti tetapi bukan untuk internet.
Stadium Etihad hanya ada 42.6Mbps sahaja purata kelajuan internet mereka.
Baca juga perkembangan lain dari Eropah