Jika sebelum ini, beberapa tahun yang dahulu, Presiden La Liga Javier Tebas menganggap Cristiano Ronaldo sebagai pemain penting untuk publisiti La Liga.
Namun sekarang beliau menyatakan sebaliknya. Beliau menyatakan pemergian Ronaldo ke Serie A tidak memberikan kesan kepada La Liga.
Sebaliknya beliau lebih bimbang kalau Messi yang angkat kaki. Bercakap kepada RAC1, Tebas berkata:
“Pemergian Ronaldo, walaupun mereka kecewa di Madrid, namun di La Liga kesannya hampir tidak ada.”
“Ini kerana di La Liga kami sudah bertahun-tahun mempersiapkan jenama La Liga agar ia lebih besar daripada pemain.”, Kata Tebas.
Presiden La Liga memuji Lionel Messi dan mengatakan bahawa pemergiannya akan lebih menjadi perhatian media jika beliau pergi, dibandingkan dengan kes Cristiano Ronaldo.
“Kes Messi berbeza. Messi adalah pemain terbaik dalam sejarah bola sepak. Kami cukup bernasib baik kerana selalu memilikinya di liga kami.”
“Saya rasa jalan keluar Messi akan lebih menjadi perhatian. ”
“Bukan malapetaka pun jika Messi meninggalkan La Liga kerana kami mempunyai perjanjian televisyen yang ditandatangani dengan atau tanpa Messi, tetapi yang penting adalah penambahan nilai. Messi selalu menggembirakan kami, ” sambung presiden itu lagi.
Tebas yakin bahawa Messi akan bersara di Barcelona dan meminta pemain itu terus kekal di La Liga.
'Ronaldo's departure had almost NO impact, Messi's case is different'
LaLiga chief rubbishes impact of Portuguese star's Juventus switchhttps://t.co/hnZbkVNATz
— Mail Sport (@MailSport) June 18, 2020
“Messi adalah ikon bola sepak Sepanyol dan saya akan memintanya untuk menamatkan kariernya dalam pertandingan kami. Kami telah memberikan kasih sayang kepadanya.”
Beberapa tahun lalu, Javier Tebas pernah ‘berperang’ dengan PSG kerana cuba mendapatkan Neymar.
Ramai menyatakan Tebas risau dengan kesan pemergian pemain itu kepada publisiti La Liga.
Baca perkembangan lain dari Eropah
Analisis Taktikal: ‘Game Plan’ Arteta Buntu Kerana Isu Disiplin Dan Kreativiti