Manchester City menang 3-0 ke atas Arsenal dalam aksi berlangsung di Etihad. Ini adalah pertemuan Pep Guardiola dengan muridnya, Mikel Arteta.

Permulaan

Guardiola menggunakan sistem 4-3-3 seperti biasa dengan menggandingkan Laporte dan Eric García di bek tengah.

Tiada nama Aguero dalam kesebelasan utama.

Sementara Arteta menggunakan sistem formasi sama dengan 4-3-3. Namun pemilihan pasukan beliau agak mengejutkan. Pemain muda seperti Bukayo Saka, Joe Willock, dan Eddie Nketiah diberikan kepercayaan.

Pierre-Emerick Aubameyang sekali lagi di bahagian sayap.

Arteta mahu menyerap asakan

Pada separuh masa pertama Arteta tidak mahu mengulangi kesilapan Unai Emery sebelum ini yang terus meletakkan high pressing / berdepan 1 v 1 dengan pemain Man City di semua bahagian.

Arsenal cuba membina serangan daripada bawah apabila memulakan serangan. Pada separuh masa pertama boleh dikatakan Arsenal bermain baik dalam meneutralkan Man City.

Kieran Tierney dan Bellerin benar benar berdisiplin dalam bertahan.

Namun Arsenal bergelut dengan box to box play daripada De Bruyne selepas pemain keras seperti Xhaka keluar.

Xhaka mungkin bukan DM yang terbaik, namun dalam pasukan Arsenal yang ada pada hari ini, dia yang paling fizikal.

City mulai agresif, serangan balas Arsenal hambar

Man City mulai mengeksploitasi Arsenal yang bergerak tidak cukup pantas dalam binaan serangan.

G. Jesus sangat agresif dalam memberikan tekanan.

jes

Pablo Mari berdepan dengan kesulitan kerana Man City memusatkan serangan menerusi Mahrez.

Keadaan menjadi lebih teruk apabila Luiz masuk dan memberikan gol kepada lawan kerana kesilapannya.

Arsenal memiliki beberapa peluang untuk menyerang balas. Namun sangat teruk. Banyak serangan balas yang berakhir dengan hantaran lemah, tak tepat dan hantaran tak bahaya.

Aubameyang sangat terkesan dengan visi yang kurang daripada bahagian belakang. Dari segi beberapa siri larian Aubameyang ini, anda dapat melihat betapa bagusnya beliau dalam offball movement.

ca2

ca

Namun gerakan itu tak terhubung dengan bola. Mereka merindui sentuhan killer pass pemain seperti Ozil yang dikatakan tidak bersedia dalam game ini.

Yang macam ni:

https://twitter.com/i/status/1272393410083610625

Separuh masa kedua – Arteta turunkan garisan

Arteta tahu dalam kedudukan 1-0, mereka masih ada peluang untuk melaksanakan gameplan mereka untuk menyerang balas.

Lalu beliau mengarahkan Aubameyang dan Saka turun lebih ke bawah membantu menyekat ancaman daripada Walker dan Mendy.

aub

Namun Luiz terlalu awal memberikan lawan penalti dan kad merah.

Kelebihan seorang pemain digunakan sebaiknya oleh Man City. Arsenal terus bergelut untuk bermain di final third.

Dan gol ketiga oleh City itu sebenarnya sudah menutup rapat segala usaha Arsenal.

Pressing City

Pep Guardiola seolah olah memberikan peluang kepada Arteta pada awal perlawanan ini.

Namun sebenarnya beliau mahu membuat analisis tentang apa yang mahu dilakukan protegenya itu.

Bagi saya itu satu penghormatan. Di mana Guardiola tidak memandang rendah kepada Arteta.

Arteta pernah berkata, dia memang pembantu Guardiola selama bertahun tahun, namun dia ada cara tersendiri dalam pengurusan taktikal.

Selepas masuk ke minit ke-20, baru Pep cuba mengarahkan City untuk bermain benar benar high pressing. Itupun pada separuh masa pertama Arsenal masih mampu mengatasinya, cuma beberapa hantaran panjang daripada belakang yang sangat teruk.

https___totalfootballanalysis.com_wp-content_uploads_2020_06_1-City-High-press-433b-Jesus-presses-Leno-Gundogan-Guendouzi

Pada separuh masa kedua Man City menaikkan lagi pressing mereka dan mahu bermain di kawasan Arsenal dengan lebih lama.

Rumusan

Arsenal ada segala masalah dalam perlawanan ini. Kreativiti, permainan berpasukan, tumpul, dan hilang disiplin bertahan oleh Luiz.

Jujur saya katakan, memang Arsenal memiliki peluang yang tipis untuk menang dengan pemilihan pasukan mereka, namun tidak sangka ianya berlaku lebih kejam dengan dua kesilapan David Luiz.

Isu kecergasan pemain membelenggu Arsenal. Namun ini bukan isu biasa bagi mereka.

Arteta juga mengakui pemain utama seperti Ozil dan Luiz masih dibelenggu isu lain dalam fikiran mereka. Membuatkan pemilihan pasukan beliau menjadi terhad.