Ross Barkley telah membantu Chelsea ke separuh akhir Piala FA setelah menang 1-0 di Leicester.

Pemain tengah itu masuk dari bangku simpanan untuk menghidupkan harapan The Blues untuk kemenangan Piala FA kesembilan.

Barkley menjaringkan gol pada pusingan sebelum ini menentang Nottingham Forest dan Liverpool.

Anak-anak buah Brendan Rodgers, yang kini berada di tangga  ketiga di Liga Perdana Inggeris – hanya satu poin di atas Chelsea.

Leicester masih belum menang selepas sambungan semula dan tidak mampu membiarkan musim yang menjanjikan sesuatu ini berakhir dengan kekecewaan. Terutama sekali dalam pemburuan tempat ke UCL musim hadapan.

The Foxes cuba mengawal perlawanan dengan lebih awal menerusi Harvey Barnes.

Barnes, pemain prospek yang rajin menjadi tumpuan dalam perlawanan ini menerusi beberapa siri gerakan di sayap.

Wilfred Ndidi melakukan tandukan tepat ke arah Caballero.

Jonny Evans gagal menyempurnakan umpanan menerusi sepakan percuma oleh Ben Chilwell.

Foxes bergantung pada Kasper Schmeichel untuk memastikan mereka terus kental. Schmeichel melakukan save cantik menafikan percubaan oleh Christian Pulisic.

Selepas aksi yang kurang meyakinkan separuh masa pertam, Frank Lampard melakukan berberapa pertukaran pada separuh masa kedua.

Malah Barkley mengakui Lampard sangat kecewa dengan aksi para pemain yang dianggapnya sebagai tak menepati standard sebuah pasukan seperti Chelsea.

Barkley, Azpilicueta dan Kovacic semuanya dimasukkan untuk mengubah keadaan.

Kemasukan Ross Barkley ternyata memberikan pulangan kepada Lampard. Ini apabila pemain tersebut menjaringkan gol yang melayakkan Chelsea ke separuh akhir.

Barkley dengan pantas menyambar bola hantaran Willian.

Lawan The Blues pada separuh akhir adalah Man United. Pasukan yang seringkali menghampakan mereka sejak akhir akhir ini.

https://twitter.com/bbfmumwezi/status/1277329509390454786

Baca juga perkembangan lain dari Eropah:

Sepakan Percuma Lewat Iago Aspas Beri Real Madrid Kelebihan Ke Atas Barca

Kesebelasan Impian Tevez Dipenuhi Pemain United Dan Tiada Pemain City

Klopp: Lebih Bermakna Daripada Yang Saya Fikirkan