Manchester United berkunjung ke Leicester untuk aksi Boxing Day pertama pada musim ini.

Ini adalah perlawanan yang melibatkan pasukan di tangga kedua dan ketiga. Jika Leicester menang, mereka akan merapatkan jurang kepada 1 mata dari pendahulu Liverpool.

Manakala untuk Man United, jika menang, sudah pastinya mereka akan memintas Leicester dan akan berada hanya dua mata dari Liverpool.

Man United dua kali mendahului dalam perlawanan ini. Dan dua kali juga mereka diikat oleh The Foxes.

Manchester United memulakan perlawanan dengan baik sekali. Di mana mereka mendahului Marcus Rashford pada minit ke-23.

Itu adalah gol liga ke-50 Marcus Rashford.

Namun United bolos selepas kesilapan oleh Bruno Fernandes yang dipintas pemain Leicester. Harvey Barnes menewaskan De Gea menerusi rembatan dari luar kotak penalti.

Rashford dan Martial memiliki peluang untuk menambah gol namun gagal melakukannya.

Separuh masa pertamaa berakhir dengan keputusan 1-1.

Bersambung babak kedua, Ole Gunnar Solskjaer memasukkan Paul Pogba untuk memperbaiki dinamisme di bahagian tengah.

United memiliki peluang keemasan menerusi Marcus Rashford. Namun percubaannya ditepis oleh Kasper Schmeichel. Ianya adalah ‘big miss’ daripada Rashford.

Kemasukan Edinson Cavani telah memberikan impak. Di mana beliau melorongkan bola yang disudahkan oleh Bruno Fernandes.

Ketika United berkira kira membawa pulang 3 mata, Leicester sekali lagi mengikat Red Devils.

Kali ini Jamie Vardy melakukan percubaan dengan sentuhan pertama yang terus menewaskan David De Gea.

https://twitter.com/WilliamHill/status/1342836493186904066

Perlawanan berakhir 2-2.

Nota editor: Gol Vardy disahkan OG oleh Axel Tuanzebe.

Baca juga perkembangan lain

Pochettino Bakal Diumumkan Sebagai Pengurus Baharu PSG

Pirlo Kritik Sikap Pemain Menjelang Cuti Natal Dan Persoal Mutu Pengadilan

McTominay Jelmaan Keane Dan Scholes