Pemain sayap Indonesia, Saddil Ramdani bakal kembali ke Liga Malaysia musim ini apabila dilaporkan menyertai Sabah FC bagi mengisi kuota pemain import asia tenggara pasukan tersebut.
Perkembangan itu disahkan oleh pengendali Sabah FC, Kurniawan Dwi Yulianto melalui satu kenyataan dalam media Indonesia semalam. Menurutnya, kelab yang diwakili oleh pemain itu, Bhayangkara FC bersetuju untuk melepaskannya ke Sabah FC.
BREAKING! 🇮🇩Bhayangkara Solo FC dan 🇲🇾Sabah FC mencapai kata sepakat terkait Saddil Ramdani (22/Winger)
Eks punggawa 🇲🇾Sri Pahang tersebut bakal kembali bermain di🇲🇾MSL untuk musim 2021! Saat ini Saddil hanya tinggal menunggu surat keluar resmi dari klub. [Bolacom]
🇮🇩🇲🇾 pic.twitter.com/bkayzgYwQf
— . (@Indostransfer) February 1, 2021
Saddil masih mempunyai kontrak dengan Bhayangkara FC sehingga akhir Februari 2021. Namun, beliau dijangka akan menyertai Sabah dengan status pinjaman sebelum ditawarkan kontrak tetap.
“Kami sudah setuju dengan syarat yang diminta Bhayangkara FC. Sekarang kami masih menunggu surat rasmi dari Bhayangkara FC. Semoga urusan ini selesai,” kata Kurniawan,
“Kalau dalam surat Bhayangkara FC, Saddil dipindahkan secara pinjaman. Kami menjaga etika dan hubungan baik, makanya kami membuat surat izin kepada Bhayangkara FC,” kata Kurniawan dipetik dalam Bola Lob.
Sebelum ini, Saddil pernah beraksi dengan pasukan Pahang dalam saingan Liga Malaysia musim 2019. Namun begitu, khidmatnya tidak kekal lama sebelum membuat keputusan untuk pulang semula ke Liga Indonesia.
Jika perpindahan Saddil ke Sabah menjadi kenyataan, beliau merupakan pemain ketiga dari Indonesia yang menyertai pasukan Liga Super musim ini selepas Ryuji Utomo (Penang FC) dan Syahrian Abimanyu (JDT).
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.
RASMI: Selangor FC Lancar Jersi Home 2021 Diinspirasikan Daripada Rekaan Tahun 1986
Piala Presiden, Piala Belia Dan Liga Premier Futsal Malaysia Ditunda Sehingga Bulan Jun
Faizal Azumu Letak Jawatan Sebagai Presiden PAFA, Dedahkan Gaji Pemain Masih Tertunggak