Jodoh antara pemain dari Indonesia, Saddil Ramdani bersama pasukan Pahang nyata hanya bertahan selama semusim apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk menamatkan kontrak meskipun masih lagi berbaki satu tahun.

Perpisahan ini disahkan oleh Saddil sendiri satu pengumuman di laman media sosial Instagram milik beliau dimana pemain berusia 20 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan, staf kejurulatihan serta peminat yang memberikan sokongan sepanjang menyarung jersi Pahang.

https://www.instagram.com/p/B47RxAHB–Z/?igshid=vdk800gquiqf

Setelah pengumuman tersebut dibuat, terdapat khabar mengatakan pemain yang bakal beraksi bersama skuad B-22 tahun Indonesia dalam temasya Sukan SEA 2019 itu tidak akan kembali ke tanah air beliau sebaliknya kekal beraksi di Liga Malaysia.

Beberapa pasukan khususnya pasukan yang menamatkan saingan Liga Super musim 2019 di kelompok bawahan dikatakan berminat untuk mengambil khidmat Saddil bagi memperkuatkan pasukan menjelang saingan musim hadapan.

Pasukan
Sumber Gambar: Pahang FA

Kualiti yang dimiliki oleh Saddil serta sedikit pengalaman beraksi di Liga Malaysia yang dimiliki dilihat mampu untuk membantu pasukan Liga Malaysia untuk memperkuatkan pasukan khususnya di bahagian serangan.

Bagi saingan musim 2019, Saddil Ramdani membantu Pahang menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua serta peringkat separuh akhir saingan bagi saingan Piala FA dan Piala Malaysia.

Baca artikel lain mengenai Saddil serta pasukan Pahang di sini:

Tiada Lagi Kelibat Saddil Ramdani Dan Zubir Azmi Dalam Skuad Tok Gajah Musim Depan

Safuwan Baharudin Sah Angkat Kaki Daripada Skuad Tok Gajah Musim Depan

Dickson Nwakaeme Belum Pasti Sarung Jersi Skuad Tok Gajah Musim Depan