Pemain import dari Indonesia, Saddil Ramdani kini berada dalam kesukaran apabila tidak dapat pulang ke negaranya kerana menghadapi masalah berkaitan dengan kelab lamanya, Pahang FA.

Menurut laporan daripada kompas, Saddil yang kini merupakan pemain Sabah mendakwa pengurusan Pahang FA gagal membayar cukai untuk pemain asing pada tahun 2019.

https://twitter.com/sagahtvstream/status/1455443483724955657

Oleh sebab itu, beliau tidak dapat perlepasan daripada pihak imigresen untuk pulang ke Indonesia bagi memulihkan kecederaan yang dialaminya.

“Sepatutnya saya pulang ke Indonesia 4 hari yang lalu, tetapi kena tahan dengan pihak imigresen. Ternyata ada masalah kerana cukai belum dibayar,” katanya kepada Kompas.

“Mantan ejen saya, Joe Estrada menjelaskan itu tanggungjawab kelab. Kontrak saya seperti dipermainkan. Jadi, saya yang harus bayar,” tambahnya.

Dia yang kini berada di Kuala Lumpur seorang diri sudah pun dilepaskan oleh pasukan Sabah. Saddil juga mengakui tidak mempunyai masalah dengan Pahang dan berharap pengurusan pasukan itu dapat membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan imigresen.

“Saya datang ke Pahang baik-baik saja. Saya juga tak ingin mempunyai masalah dengan kelab. Semoga ada jalan penyelesaian terbaik. Saya hanya ingin pulang dan menyertai pasukan Indonesia,” ujar pemain yang berusia 22 tahun itu.

Bekas pemain Persela Lamongan itu mahu memulihkan tahap kecederaan di Jakarta dan berharap dapat dipanggil menyertai skuad kendalian Shin Tae-yong bagi menghadapi Piala Suzuki AFF hujung tahun ini.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Kekurangan Anggota Petugas, Kuching City Tidak Benarkan Penyokong Masuk Di Stadium Larkin

MFL Kini Mempunyai Akaun Rasmi TikTok

Kem Latihan Harimau Malaya Bermula Selepas Tamat Separuh Akhir Piala Malaysia