Tiga pertandingan anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) iaitu Piala Presiden, Piala Belia dan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) yang sepatutnya berlangsung pada bulan Mac ditunda sehingga bulan Jun susulan peningkatan kes wabak pandemik COVID-19.
Perkembangan itu disahkan oleh Setiausaga Agung FAM, Stuart Ramalingam menerusi laporan dalam New Straits Times kelmarin. FAM dijangka akan menggunakan format baharu untuk memastikan pertandingan tersebut dapat berjalan dengan lancar.
Antara format tersebut ialah setiap pasukan akan bermain dalam zon masing-masing untuk mengurangkan kos perjalanan bagi mengawal penularan wabak COVID-19.
“Kami telah jadualkan pada bulan Jun menggunakan format ‘regional’ yang akan mengurangkan perjalanan dan lebih banyak ‘pergerakan terkawal’ untuk pasukan.
“Sebagai contoh, jika ada PKP di wilayah utara, namun wilayah tengah, selatan dan yang lain masih akan terus bermain tetapi mereka yang berada di kedudukan teratas akan terus ke peringkat kalah mati,” jelasnya.
“Sekiranya ada pasukan tidak dapat meneruskan baki perlawanan (kerana pandemik di negeri mereka), ini tidak akan mempengaruhi kedudukan mereka yang berada di tangga teratas pada waktu itu dan mereka akan terus mara.
“Format ini hanya untuk tahun ini sahaja dan merupakan format terbaik mengikut keadaan semasa,” tambah stuart.
Sementara itu, saingan Liga Futsal Kebangsaan akan bermain dalam format liga tetapi secara berpusat di venue yang akan dipilih nanti. Ia bermaksud pertandingan akan diadakan di satu tempat selama seminggu sebelum bertukar ke tempat lain.
“Format ini akan memberi kita fleksibiliti kerana pandemik tidak dapat diramalkan. Format ni juga memberi ruang untuk kita mengendalikan acara tanpa perlu membatalkannya hanya kerana satu atau dua pasukan tidak dapat bermain pada minggu itu,” katanya.
Minggu lepas, Malaysia Football League (MFL) membuat keputusan untuk menunda saingan Liga Malaysia ke 5 Mac susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di seluruh negara, kecuali Sarawak.
Teruskan membaca artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.
Faizal Azumu Letak Jawatan Sebagai Presiden PAFA, Dedahkan Gaji Pemain Masih Tertunggak