Manchester United tersingkir daripada Liga Juara Juara Eropah dengan pengakhiran yang sangat sedih selepas permulaan cemerlang dalam dua perlawanan pertama.
Dua perlawanan pertama itu menentang semifinalis dan finalis UCL musim lalu, dan mereka mendapatkan mata maksimum daripadanya.
Permulaan yang pasif
Dalam temu ramah selepas perlawanan, Harry Maguire melabel pasukannya sebagai lambat panas dan bermain teruk pada 20 minit pertama.
Harus diakui ia penilaian yang tepat, cuma lebih tepat, sepanjang separuh masa pertama mereka gagal bermain dengan lebih baik.
Pada separuh masa pertama, dengan sistem back 5, United tidak agresif, sama ada untuk menyerang ataupun ketika menekan lawan.
Rio Ferdinand antara yang lantang mengkritik pendekatan 3 center back oleh United dalam perlawanan ini yang menurutnya, tidak jelas apa yang mereka harus lakukan.
“Apabila kamu bermula dengan cara itu – lawan kamu mendapat dua gol ketika kamu tak sempat nak menarik nafas. Jika ia berlaku dalam perlawanan penting, maka kamu cuma perlu salahkan diri sendiri.”
“Mereka tahu betapa pentingnya perlawanan ini, jadi sangat penting untuk memulakan perlawanan sebaiknya, jangan bolos awal, dapatkan rentak seawal 15 minit.”
“United tak ada peluang nak dapatkan rentak sebab mereka bermula teruk.”
“Bezanya, sebelum ini mereka bermain dengan 3 bek tengah, mereka tahun pemain [PSG] mana yang akan menyerang dan memberikan ancaman kepada kamu.”
“Jadi pemain United tahu, ini aku lawan kamu.”
“Tetapi kali ini, Nagelsmann membuatkan mereka dan semua orang tertanya tanya.”
“Mereka [pemain] pun keliru, sama ada saya perlu pergi ke sana ataupun saya perlu merantai dia? Kamu tengok Aaron Wan Bissaka, tidak wujud pun situasi 1 lawan 1 dengan dia hari ini.”
Ferdinand juga mempersoalkan kenapa Solskjaer tidak melakukan pertukaran awal kerana taktikalnya serba tak kena.
Rio Ferdinand tells Manchester United why formation was wrong vs RB Leipzig #mufc https://t.co/UaJ0xUYqnE
— Man United News (@ManUtdMEN) December 8, 2020
“Dia [Ole Gunnar Solskjaer] gagal memperbaikinya, dan dia tunggu sehingga tamat separuh masa pertama untuk melakukan pertukaran, tetapi sudah terlalu lambat.”
United didominasi di bahagian sayap
Dua wingback mereka di-exposed (bahasa kasarnya dibogelkan) secara teruk pada 3 gol yang mereka bolos.
Ancaman utama Leipzig datang daripada belakang sebelah sayap, iaitu menerusi bek sisi mereka Angelino.
Sistem 5-4-1 United sebelum ini mereka berjaya gunakan dalam aksi berdepan dengan PSG pada aksi mereka menang 2-1.
Namun kali ini segalanya serba tak menentu. Ruang diberikan kepada lawan terlalu besar.
Pemain tengah tidak berkomunikasi dengan baik dengan bek sayap ketika mengekang ancaman dari sayap.
Akibat tidak dapat mengekang asakan dari sayap ini, mereka melepaskan 3 gol.
Solskjaer menggariskan bahawa, mereka perlu mengekang hantaran lintang. Kelemahan mereka pada aksi berdepan PSG sebelum ini. Dan ianya berlaku lagi.
Man United bergelut teruk dengan asakan dari belakang di sayap ini terutama sekali Angelino. Pemain pinjaman dari City itu menjaringkan gol dan mencipta assist pada separuh masa pertama.
Pemain pemain pertahanan Man United tidak berkomunikasi dengan lebih baik daripada permulaan lagi.
Sedangkan sebelum ini mereka pernah bermain sistem yang sama. Ketinggalan dua kosong pada awal perlawanan jelas sekali memberikan impak.
Di sini Bisaka masuk ke zon tengah untuk mengisi ruang di posisi itu, dan dia ruang di tepi terbuka.
Wan Bissaka sudah kehilangan beberapa meter di sini, ketika Angelino mencipta ruang dan dia pula mengurangkan pace lariannya. Tak pasti sama ada dia merasakan ada pemain lain yang ‘cover’ posisi dia ataupun dia tak sedar langsung ancaman tersebut.
Saksikan di sini:
https://twitter.com/i/status/1336402768207163405
Gol kedua adalah kombinasi dua bek sayap yang didominasi pemain lawan. Alex Telles terpaksa menjadi bek tengah kiri menggantikan Luke Shaw yang hilang dari posisi.
Wan Bissaka memberikan ruang kepada Angelino melakukan hantaran lintang, dan Teles pula mendedahkan dirinya kepada ancaman dari belakang.
Telles mengawal Fosberg namun ancaman dari belakang itu memang tak mampu dia bendung.
Komunikasi? Covering?
Aaron Wan Bissaka kadangkala terlalu ke dalam sebagai seorang bek sayap. Ini juga satu masalah United yang membuatkan Leipzig sentiasa cepat mara ke half space dari sayap.
Bagi gol ketiga ianya memang satu kekeliruan. Pemain tak dapat mengantisipasi bola lawan. Harry Maguire gagal membentung bola itu di saat akhir kerana ada sedikit shut down pada awalnya.
Perubahan separuh masa kedua
United bermain baik selepas mereka membuat pertukaran dengan kemasukan Van De Beek dan Paul Pogba.
Mereka mencipta lebih kuasa dan tenaga di tengah berbanding sebelumnya. Leipzig dilihat cuba turun sedikit untuk mengumpan United dan mahu menyerang balas.
Namun masalah Leipzig, mereka melepaskan gol kerana kesilapan pemain pertahanan yang memberikan penalti.
Mereka kemudian gagal menyerang balas United pada fasa 15 minit terakhir perlawanan dengan United mendapat 2 gol dalam jarak 3 minit.
Man United bermain dengan sistem diamond selepas Ole sendiri merasakan sistem back 5 beliau kurang menjadi.
Rumusan
RB Leipzig memiliki pelan taktikal yang lebib baik pada kali ini. Mereka juga ada ‘damage’ pada separuh masa kedua dengan dua kesilapan defensif, namun ia dapat ditampung dengan 3 gol yang mereka dapat.
United harus menyalahkan diri sendiri kerana aksi tak bertenaga pada separuh masa pertama.
Taktikal yang ralat [tactical error] daripada Solskjaer pada permulaan pula gagal diperbaiki dengan lebih awal dan lawan terus mendapat beberapa gol.
United terus tak konsisiten dalam kempen UCL kali ini. Dan kini mereka terpaksa menerima hakikat bahawa mereka harus menuju ke UEL.
Selain daripada itu, sebelum perlawanan, ejen Pogba, bercakap pasal pemain itu pada masa yang tak kena. Namun Ole menepis bahawa kenyataan Raiola itu memberikan impak kepada pemain lain.
Baca juga analisis lain
Analisis: Tactical Error Leipzig Babak Kedua Membuatkan Mereka Dibantai Rashford
Analisis: Bagaimana Conte Membentuk Gandingan Lukaku-Martinez Sehingga Menghasilkan 51 Gol Musim ini