Chelsea menamatkan musim Liga Perdana Inggeris 2019/20 di tempat keempat dengan 66 mata. Mereka dibezakan dengan 33 mata di belakang juara Liverpool dan tersingkir dari Liga Juara-Juara oleh Bayern Munich pada Pusingan 16 akhir.

Dalam keadaan biasa, musim 2019/20 akan dilabel sebagai kegagalan oleh standard Chelsea.

Namun oleh kerana mengambil kira beberapa faktor termasuk, musim pertama bersama Lampard – pengurus muda, serta pemergia pemain terbaik mereka Eden Hazard, serta larangan perpindahan, maka Chelsea dikira berjaya menamatkan saingan di kedudukan yang baik.

Lampard mewarisi skuad yang kekurangan pemain bintang pada musim lalu, dan harus bergantung pada produk pasukan pembangunan yang menghabiskan sebahagian besar karier mereka sebelum sebagai pinjaman.

Produk akademi Chelsea seperti Tammy Abraham, Mason Mount, dan Reece James berjaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menaikkan nama mereka.

Persembahan individu mereka yang luar biasa dari Christian Pulisic,Matteo Kovacic dan pemain sayap yang bermain untuk tahun terakhir, Willian, telah membantu Chelsea menamatkan saingan di empat teratas.

The Blues musim ini, bagaimanapun, telah menghabiskan lebih dari £200 juta dalam jendela perpindahan musim panas kali ini.

Mereka membawa masuk Timo Werner dengan harga £47.7 juta, Hakim Ziyech dengan harga £35.6 juta, Thiago Silva dan Malang Sarr secara percuma dan Ben Chilwell dengan harga £50 juta

Terbaru, mereka mengesahkan bintang sensasi Bundesliga, Kai Havertz  dengan nilai sekitar £72 juta.

Menjadikan Chelsea pasukan berbelanja paling besar setakat ini di Eropah.

Chelsea kini mempunyai lambakan pemain berkuliti secara teknikalnya. Agak menarik untuk melihat susun atur pasukan Lampard musim hadapan.

Penjaga gol

Kepa Arrizabalaga kelihatan bakal menjadi penjaga gol utama sekali lagi. Penjaga gol termahal dunia dibeli dari Athletic Bilbao pada bulan Ogos 2018 dengan harga £71.6 juta itu menjadi masalah terbesar Chelsea musim lalu.

Pemain berusia 25 tahun itu memperoleh peratusan penyelamatan bola terburuk bagi mana-mana penjaga gol di Liga Perdana Inggeris musim lalu dengan hanya 56.5%.

Maka tidak hairanlah The Blues masih terus dikaitkan dengan pemain seperti Jan Oblak dan Edouard Mendy, memandangkan Dean Henderson sah akan terus bersama Man United.

Dengan kekangan masa yang ada, kemungkinan besar Kepa akan terus menjadi penjaga gol utama. Tetapi ianya bergantung kepada beberapa minggu terakhir ini dalam jendela perpindahan.

Lampard musim lalu beberapa kali menukarkan Kepa dengan Caballero kerana krisis prestasi.

Bek berempat

Thiago Silva dan Ben Chilwell sudah boleh berkira kira untuk menjadi ‘auto-starter’ dalam pasukan Chelsea jika mereka cergas.

Kami menjangkakan gandingan utama di antara Rudiger dan Thiago Silva di bahagian bek tengah.

Seterusnya di bek kiri dan kanan pastinya kiri akan diisi oleh Ben Chilwell, dan kapten pasukan mereka Azpilicueta akan mengisi bek kanan. Reece James boleh mengintai musim untuk pecah masuk dan transisi.

2_Azpilicueta-James

Azpilicueta juga boleh menjadi bek tengah utama jika Rudiger gagal mempamerkan aksi terbaiknya. Dan pasukan seperti ini boleh digunakan.

fc344c266b7a0dc503bd66512f6aa753

Tengah

Matteo Kovacic antara pemain tengah terbaik dalam EPL musim lalu. Beliau pemain box to box yang boleh bermain di bahagian lebih ke bawah ataupun ke posisi lebih menyerang.

Di peranan nombor enam musim lalu, Lampard selesa mengekalkan Jorginho sebagai no.6 dan terus mengekalkan Kante sebagai nombor 8 sepertimana di bawah kendalian Sarri.

Persoalannya kini, Jorginho dan Kante. Siapa akan menjadi pivot kedua di samping Pulisic?

Mungkin Lampard akan terus menggunakan Jorginho kerana memerlukan keupayaan hantaran pemain itu dari belakang.

Seterusnya kemasukan Kai Havertz juga menarik, kerana pemain ini adalah no.10. Adakah Chelsea akan bermain dengan sistem yang ada no.10?

Oleh itu, jika Lampard bermain dengan sistem 4-3-3, maka ada kemungkinan beliau akan menggunakan Kovacic, Kante dan Kai Havertz.

Tapi memandangkan Hakim Ziyech yang cedera ketika ini, maka Havertz akan dinaikkan ke posisi sayap dan Jorginho akan menempatkan diri dalam trio tengah.

skysports-werner-havertz-timo_5007661

Namun mereka juga ada pemain seperti Loftus Cheek dan Mason Mount yang berupaya menjadi pemain utama.

Boleh jadi juga Lampard akan beroperasi dengan sistem no.6 tunggal dengan meletakkan Kante di posisi defensive midfielder dan Kai Havertz sebagai no.8.

 

Kante jelas menjadi pemain penting untuk Lampard. Musim lalu, asal sahaja tanpa Kante, Chelsea akan berdepan masalah besar di tengah.

Oleh itu, bahagian tengah Chelsea adalah bahagian yang sangat ‘thick’ dari segi ‘squad depth’.

Serangan

Mungkin sifir untuk serangan lebih mudah berbanding bahagian tengah,

Werner adalah nombor sembilan dan akan mengisi slot trio yang ada Pulisic di kiri dan Ziyech di kanan.

front-3-of-ziyech-werner-and-pulisic

Jika Ziyech atau Pulisic tidak dapat bermain mereka boleh menolak Werner ke mana mana bahagian sayap dan menggunakan penjaring terbanyak mereka musim lalu iaitu Tammy Abraham.

Kai Havertz antara pemain yang berpotensi menjadi pemain utama di trio serangan jika ada pemain sayap yang gagal berfungsi baik. Namun di Leverkusen, untuk posisi sayap, Havertz lebih selesa dengan sayap kanan.

Havertz juga boleh menjadi false no.9 jika diperlukan.

Rumusan

Kualiti skuad Chelsea kali ini sangat besar untuk disusun atur oleh Lampard. Beliau perlu memastikan setiap pemain gembira dengan peranan masing masing termasuk yang menjadi pemain simpanan.

Pada pandangan kami, mungkin ini adalah pasukan terbaik yang akan digunakan oleh Chelsea pada musim hadapan dengan sistem 4-3-3 berasaskan pivot kembar.

93d66fa298625cc1229f888ae76e15e9

Apa yang pasti Lampard sudah memiliki pasukan ala ‘career mode’ permainan FIFA pada ketika ini.

Masa untuk memberikan hasilnya.

Baca juga perkembangan lain

Raiola Tuntut Gaji €10 Juta Semusim Untuk Donnarumma

UNL: Sepanyol Ratah Ukraine, Jerman Seri Lagi

UNL: Tanpa Ronaldo, Crotia Tetap Lunyai Di Tangan Portugal