RB Leipzig terpaksa menelan kekalahan memalukan — 5-0 — di Old Trafford berhadapan dengan Manchester United.

Pada separuh masa pertama mereka ketinggalan dengan satu gol. Keadaan itu membuatkan Julian Nagelsmann mengubah corak permainan beliau pada separuh masa kedua.

Namun di mana silapnya mereka sehingga teruk bolos 4 gol pada separuh masa kedua? Ini pandangan kami.

1. Leipzig menolak ramai pemain ke hadapan

Leipzig semakin meningkatkan tekanan mereka pada separuh masa kedua. Dengan menghantar seramai mungkin pemain untuk membanjiri kawasan pertahanan Manchester United.

Namun kelemahan mereka adalah, pergerakan mereka ini banyak yang sia sia. Kerana tidak kemas dalam menyimpan bola dan banyak hilang bola di tengah.

Apabila anda menolak pemain ke hadapan, bermakna anda perlu mengawal bola di kawasan lawan sebaik mungkin dan cuba menyudahkannya.

Kerana di belakang pasukan anda terdedah dengan serangan balas.

Leipzig lemah menyimpan bola dan pada masa yang sama lemah dalam melakukan high pressing. Jadi, macam tiada makna mereka bermain dengan ramai extra man ke hadapan.

Garisan tinggi mereka tidak memberikan manfaat tetapi lebih banyak masalah yang mereka dapat.

Lihat di bawah ini ketika mereka menolak kesemua 10 pemain mereka ke atas – ke kawasan United dan kemudian diserang balas. Ini mencetuskan gol Marcus Rashford dalam keadaan dia mencipta situasi 1 lawan 1.

lei

2. United memasukkan pemain segar

‘Fresh leg’ dimasukkan Ole Gunnar Solskjaer pada separuh masa kedua. Dan ianya memberikan impak. Bruno Fernandes dan Marcus Rashford memberikan impak besar.

Leipzig yang menjangkakan United akan fokus kepada bertahan mungkin tersilap perkiraan. Kerana United ternyata mahu menyerang mereka untuk mendapatkan gol kedua.

Solskjaer kali ini positif beliau akan dapat gol kedua dan tidak yakin dengan kelebihan satu gol sahaja.

Kesannya, setiap kali Leipzig hilang bola di tengah mereka akan diserang dan didedahkan dengan bahaya yang teramat tinggi.

Rashford sangat tajam dalam perlawanan ini.

Leipzig tak mampu mengatasi United secara stamina dan fizikal. Pemain mereka terlalu mudah tewas duel.

Agak menarik apabila Nagelsmann sudah menggariskan perkara ini sebelum perlawanan. Di mana beliau mendengar luahan Werner menyatakan permainan di EPL sangat fizikal dan sukar untuk pemain dari Liga Jerman sepertinya menyesuaikan diri.

3. Kesilapan individu

Selain daripada tactical error, Leipzig berdepan masalah kronik technical error. Apabila ia bergabung maka malapetakalah akan terhasil.

Mereka gagal melaksanakan taktikal mereka sejak awal separuh masa kedua. Dan mereka membuat kesilapan individu yang teruk ketika bertahan.

Antaranya, memberikan penalti kepada pasukan lawan. Seterusnya terlepas bola di kawasan sendiri yang dirampas lawan dan terus mencetuskan gol.

4. Lemah track back di sayap

Secara asasnya Leipzig bermain dengan sistem yang menarik pemain masuk ke dalam / narrowed.

Leipzig bermain dengan 3-1-4-2 uang biasanya bertahan membentu 5-3-2. Namun organisasi bertahan mereka sangat teruk.

3142

Mereka tidak ada pelan lebih baik untuk merantai / track back pemain Man United yang menyerang dari sayap.

all in

Tidak pasti apa yang cuba dilakukan Nagelsmann, menyerang tanpa memikirkan ancaman dari sayap – terutama sekali berdepan United yang ada pemain sayap sangat pantas.

Mungkin persembahan separuh masa pertama United membuatkan Leipzig terfikir, mereka tiada masalah bermain dengan sistem mereka tanpa peduli sangat sistem United? Itu ego namanya.

Situasi di bawah ini, pemain mereka sudah tak kuasa untuk bertahan lebih baik dalam unit. Dan terpaksa melakukan foul yang memberikan penalti.

1 l1

Rumusan

Leipzig bermain teruk pada separuh masa kedua ketika mereka berusaha memperbaiki beberapa kelemahan mereka pada separuh masa pertama.

Nagelsmann beberapa kali menunjukkan reaksi kecewanya di tepi padang. Ole Gunnar Solskjaer berjaya membunuh perlawanan ini dengan depth yang ada dari bangku simpanan.

Rashford jelas sekali berada dalam prestasi terbaiknya. Dan selayaknya menjadi pemain terbaik perlawanan dan membawa pulang bola perlawanan kerana hatrik.

Baca juga analisis lain daripada kami:

Analisis: Bagaimana Lampard Menyusun Atur Pasukannya?

Analisis: Bagaimana Conte Membentuk Gandingan Lukaku-Martinez Sehingga Menghasilkan 51 Gol Musim ini

Analisis Taktikal: ‘Game Plan’ Arteta Buntu Kerana Isu Disiplin Dan Kreativiti