Manchester City berjaya menewaskan PSG dalam aksi separuh akhir pertama UCL di Parc des Princes. Di mana skuad bimbingan Pep Guardiola melakukan kebangkitan 2 gol pada separuh masa kedua.

Separuh masa pertama yang goyah untuk City

Man City bermain pada separuh masa pertama dengan tidak begitu bagus. Di mana ianya jelas milik pasukan tuan rumah. PSG selayaknya di hadapan dengan ancaman dihadirkan dari Di Maria dan Neymar.

Sistem 4-4-2 PSG lebih jelas. Berbanding dengan Man City yang seolah olah bermain dengan dua sistem yang utama iaitu 4-4-1-1 ataupun 4-3-3.

Ketika City cuba bermain pertukaran posisi dengan kerap, mereka seringkali dimanipulasi di bahagian tengah oleh Verrati yang menggunakan ruang yang ada untuk mencipta ruang bagi dirinya.

PSG mahu mendapatkan rentah seawal mungkin. Pochettino seperti yang dia lakukan di Spurs, segera menggesa pemainnya mendapatkan rentak dalam 15 minit pertama. Boleh dikatakan mereka berjaya dan mendapat gol daripada sepakan percuma.

PSG mulai menurunkan intensiti mereka dalam fasa akhir separuh masa pertama. Ianya adalah peulang yang digunnakan City untuk mendapatkan rentak mereka.

Fasa tweak kepada 3-2-5

City kemudian menggunakan pendekatan ultra offensive ketika menekan lawan dan memiliki bola. Mereka bergerak dari 4-3-3 kepada 3-2-5 dengan Gundogan menjadi penekan lawan di garisan sangat tinggi.

Cancelo bermain false fullback (peranan bek sisi yang dimasukkan ke dalam sebagi pemain tengah).

pepeed

Bukan perkara yang mudah untuk dilakukan berdepan dengan PSG yang memiliki pemain yang bagus dengan bola untuk melepasi blok rantaian berlima itu dan kemudian melakukan serangan balas.

Separuh masa kedua: 3-2-5 City terus ampuh

City mengekalkan sistem ultra offensive 3-2-5 seperti mana yang digemari Guardiola sebelum ini.

Namun kali ini Cancelo tidak menjadi false fullback. Dia menjadi pemain sayap dalam serangan berlima.

Sistem kali ini memberikan lebih kestabilan di tengah dan lebih baik dari segi defensif – sekiranya PSG memutuskan untuk menggunakan Di Maria lebih aktif di sayap.

gund

Namun masalah besar PSG mereka jadi sedikit gugup dengan sifat agresif pada permainan City. Pemain pemain mereka tidak bermain dengan baik dalam mengalirkan bola dari bawah ke tengah dan kemudian ke atas.

Neymar dan Mbappe terputus hubungan dengan bahagian di bawah mereka dengan teruk sekali.

Pep Guardiola tidak mengenakan marking ke atas Neymar dan Mbappe kerana itu hanya akan membuatkan pertarungan 1 v 1 yang sentiasa memihak kepada dua penyerang itu.

Sebaliknya Pep memutuskan rantaian sumber bola dari belakang mereka. Daripada melarang mereka ‘makan’. Pep memutuskan untuk menghentikan sumber makanan kepada dua penyerang itu.

Verratti mulai ditekan di tengah untuk City mematikan sumber kepada hantaran utama PSG di tengah.

E0IUO7-VIAIZ89e

Arahan taktikal Pochettino sangat jelas. Mbappe diarahkan untuk sentiasa sedia di atas dan Neymar lebih free role. Kesannya Mbappe tidak berubah langsung cara permainannya dan ianya membuatkan dia nampak lebih teruk.

Dan setiap kali ada bola yang terlepas kepada Mbappe, Ruben Dias dengan segera mematikannya.

Lihat peta haba di sini, jelas sekali serangan PSG terputus rantaian. City memecahkannya dengan high pressing di pertahanan mereka.

city

Walaupun City bermain baik namun mereka berdepan dengan isu penyudah di hadapan gol. Pendekatan dengan false number 9 mungkin salah satu daripada sebabnya. Kerana jelas mereka memerlukan nombor 9 dalam perlawanan seperti ini – di mana bek tengah lawan memiliki keupayaan mematikan floating attacker.

Tetapi usaha City terbalas dengan gol ‘fluke’ daripada De Bruyne. Silap pemain PSG sendiri yang tidak dapat mengeluarkan bola hantaran lintang De Bruyne yang melantun di hadapan Navas.

Seterusnya, gol kedua lagi sadis untuk PSG apabila benteng pertahanan mereka dilepasi oleh bola paras dada – hasil sepakan percuma Mahrez.

Selepas gol itu, City tidak mahu menukar pendekatan mereka. Dan terus bermain intensif di high line seperti biasa. PSG pula terus bergelut untuk cuba berhubung dengan Neymar dan Mbappe.

Kemuncak kepada tekanan pemain PSG adalah pemain mereka dibuang padang kerana bentesan yang jelas kerapa frustrasi. Wenger menyatakan bahawa PSG mulai terkesan secara mentaliti selepas kedudukan 1-1.

Di mana mentaliti pemain mereka mulai merosot. Wenger menjelaskan bahawa, tekanan di separuh akhir UCL sangat besar.

Rumusan

Manchester City berjaya mengenalpasti dan menghentikan ancaman PSG. Ancaman dari PSG bukannya secara terus daripada Mbappe dan Neymar, tetapi daripada sumber di sekitar pemain itu terutama sekali Di Maria dan Verratti.

Wenger dalam pra analisisnya sudah menyatakan bahawa City akan cuba untuk menekankan cara mereka menghalang PSG setiap kali mereka memenangi bola dan cuba keluar menyerang.

PSG tewas secara taktikal dalam perlawanan ini.

Baca juga artikel

Analisis Werner: Moden Poacher Yang Bergelut Dengan Fizikal EPL

Analisis: PSG Gempur Barcelona Tanpa Risau Dengan Sistem ‘Wide Target Man’

Analisis Taktikal: Bagaimana ‘Wingback’ United Dibuli Leipzig