Barcelona dimalukan oleh PSG dalam aksi pertama pusingan 16 akhir di antara mereka. Di mana PSG menang bergaya 4-1 ke atas Barca di Nou Camp.

Analisis

Struktur asas

Barcelona memulakan perlawanan dengan sistem 4-3-3. Musim ini Ronald Koeman sangat banyak bermain dengan formasi.

Bayangkan daripada 33 perlawanan, Barcelona sudah menggandingkan 19 kombinasi pertahanan yang berbeza. Kali ini Gerard Pique kembali semula ke dalam pasukan selepas cedera panjang.

Ia memang sangat ‘drastik’ untuk Pique terus kembali. Namun keadaan sangat memaksa dengan jumlah kecederaan dihadapi Barca.

PSG hilang Neymar dan Di Maria. Namun di bahagian lain mereka memiliki squad depth yang mampu menampung kekurangan itu.

shee

PSG bermain wide target man

Mbappe menjadi pemain sayap dalam 4-2-3-1. Namun itu cuma di atas kertas. Dalam perlawanan, beliau bertindak menjadi penyerang paling tinggi zonnya di atas padang.

Ketiadaan Neymar membuatkan sistem ini berteraskan Mbappe. Kerana jika Neymar ada, beliau adalah pemain sayap kiri utama PSG.

Mbappe malah lebih atas daripada kedudukan Mauro Icardi.

Koeman mungkin sudah menangkakan ancaman daripada Mbappe namun beliau tidak menjangkakan bahawa PSG benar benar membuli mereka dengan sistem wide target man.

Lihat laporan posisi di sini, yang bertanda merah itu adalah Mbappe.

msdfa

Amat sukar untuk Barcelona mengekang Mbappe. Seolah olah mereka langsung tiada persediaan khas.

Dest diberikan malam yang teruk untuk Mbappe di mana beliau berkejaran dengan Mbappe sepanjang aksinya di atas padang.

link

Bukan sahaja menghadirkan ancaman yang lagsung dari sayap, Mbappe juga kerap memenuhi (overload) kotak penalti dengan permainan posisi.

mffs

Peranan Marco Verratti

Selain daripada Mbappe, Verratti antara pemain yang menggempur Bacelona dari tengah.

Beliau wayar hidup utama PSG dalam aliran bola dari belakang ke hadapan. Beliau pemain paling banyak menghantar bola kepada Kylian Mbappe.

Verratti bermain sebagai no.8 berbanding dengan no.10. Beliau mengutip bola dari bulatan tengah dan menggerakkannya ke atas berbanding dengan hanya menungg di zon 14.

Lihat peta haba Verratti di sini di mana beliau banyak bermain dari bawah ke atas. Dan zon dominan beliau di sebelah half space kiri, kerana beliau berinteraksi aktif dengan Mbappe.

Beliau turut menyumbang satu assist kepada Mbappe.

link

Berikut statistik Verratti dalam perlawanan ini.

Barcelona bergelut berdepan serangan pantas PSG

Seterusnya, pada separuh masa pertama Barcelona masih boleh berdepan dengan  kepantasan dan tenaga PSG.

Namun lama kelamaan mereka menjadi letih kerana terlalu banyak mengejar berbanding dikejar.

Gerard Pique pada satu ketika menganggap pasukan mereka sebenarnya sedang berlari seperti orang gila.

Kedua dua pasukan memiliki jumlah penguasaan bola dan jelajahan kawasan yang hampir seimbang. Namun PSG banyak melakukan larian penting yang masuk terus ke dalam kotak penalti lawan.

PSG benar benar membuli mereka dengan larian pantas terutama sekali menerusi Mbappe.

Barcelona terlalu bergantung kepada Messi

Sekali lagi Barcelona menunjukkan simptom terlalu bergantung kepada Lionel Messi. Pemain seperti Ousmane Dembele tenggelam timbul. Manakala Antoine Griezmann gagal menunjukkan aksi lebih baik.

Apabila Messi ditutup rapi oleh lawan seperti dalam perlawaan ini, Barcelona bergelut dengan permainan mereka.

Barcelona tidak ada banyak idea untuk memecahkan pertahanan PSG yang bertahan dengan 4-1-4-1.

4141

Rumusan

Perlawanan ini Barcelona diajar oleh PSG. Mereka bergelut dengan tenaga dan kepantasan pasukan PSG.

PSG nampak seperti pasukan yang lebih bersedia dan mengkaji tentang lawan mereka berbanding dengan Barcelona.

Seterusnya, PSG sangat berani menggempur Barcelona kerana mereka tahu Barca boleh dikalahkan mereka dengan kepantasan.

Tumpuan utama PSG adalah sebelah Dest berbanding dengan Alba.

Selain itu, PSG lebih berkualiti di zon serangan berbanding dengan Barcelona.

Mbappe jelas pemain terbaik perlawanan ini. Beliau datang ke Nou Camp dengan prestasi kemuncak.

Barcelona mungkin akan bolos lebih banyak jika tidak kerana Ter Stegen.