Ole Gunnar Solskjaer meraikan satu lagi kemenangan di tempat lawan dalam aksi EPL. Menjadikan Manchester United kini sudah 28 perlawanan tanpa kalah di tempat lawan.
𝗥𝗲𝗰𝗼𝗿𝗱-𝗯𝗿𝗲𝗮𝗸𝗶𝗻𝗴 𝗥𝗲𝗱𝘀.
28 top-flight games unbeaten on the road.#MUFC pic.twitter.com/9NopndVLVg
— Manchester United (@ManUtd) August 29, 2021
Gol tunggal Mason Greenwood mengecewakan Wolves yang beraksi sangat baik sepanjang perlawanan. Namun pasukan tersebut hampa kerana penyudah tumpul.
David De Gea turut kembali kepada prestasi cemerlangnya dengan menafikan beberapa percubaan bahaya termasuk penyelamatan berganda yang sangat cantik.
Gol Greenwood memerlukan VAR menyemak insiden Paul Pogba dengan Ruben Neves. Di mana pemain sasaran Solskjaer, Neves, mendakwa kakinya ditebas Paul Pogba.
Tinjaun VAR mendapati cabaran Pogba tidak mengena kaki pemain itu, dan Neves dilayangkan kad kuning.
Solskjaer menganggap bentesan Pogba adalah bersih walaupun dipertikaikan oleh pasukan lawan.
Bercakap tentang kepulangan semula Cristiano Ronaldo, Ole Gunnar Solskjaer menyatakan bahawa pemain veteran itu dibeli bukan untuk memanaskan bangku simpanan.
Ia sekaligus memberikan amaran kepada kesemua penyerang Man United bahawa mereka harus menunjukkan bahawa mereka benar benar layak untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan.
Man United mengumumkan mereka setuju dengan harga £19.7 juta untuk mendapatkan Ronaldo. Ini bermakna pemain itu kembali semula ke United selepas 12 tahun meninggalkan mereka ke Real Madrid.
Solskjaer berkata: “Ronaldo bukan pembelian untuk memanaskan bangku simpanan. Dia akan membuatkan pasukan kami lebih baik.”
“Kita masih ada beberapa lagi kertas kerja yang perlu disiapkan. Kita harap semuanya akan diselesaikan dan kami sudah pastinya 100% akan mengumumkan beliau.”
“Dia kemudian akan menyertai kem Portugal, ada 3 perlawanan, perlawanan terakhirnya pada 7 September, kemudian dia akan kembali ke Manchester untuk terus terlibat dalam pasukan secepat mungkin.”
Solskjaer on Ronaldo: "He's not signed to sit on the bench. He will make us a better team."
On James: "There has been a couple of enquiries for some of our players. With the signing of Cristiano we might give less playing time to a few. Dan is a Man United player at the moment."
— Laurie Whitwell (@lauriewhitwell) August 29, 2021
Bercakap tentang situasi Daniel James, Solskjaer mengesahkan pemain itu menarik minat beberapa pasukan.
Daniel James antara pemain yang dalam senarai untuk dikeluarkan daripada pasukan dengan kemasukan Ronaldo yang menambah ketebalan skuad di bahagian hadapan. Namun Solskjaer tetap komited dengan Daniel James selagi lagi beliau masih bergelar pemain United.
Baca juga artikel
Pochettino Sahkan Messi Sedia Debut Hari Ini Bergandingan Bersama Neymar Dan Mbappe
Serie A: Juventus Mulakan Pasca-Ronaldo Dengan Kekalahan Mengejut Di Tangan Pasukan Baru Naik
Guardiola Minta Peminat Arsenal Percayakan Arteta, Pengurus Yang Dia Sangat Minati