Pep Guardiola sekali lagi mempertahankan Mikel Arteta dan meminta peminat Arsenal terus percayakan pengurus muda mereka itu.

Arsenal telah menelan tiga perlawanan pertama Liga Perdana musim ini tanpa menjaringkan gol. Terbaru adalah kekalahan 5-0 di Manchester City, dalam aksi yang serba serbi tak menjadi.

Walaupun sebelum kad merah Granit Xhaka, pasukan bimbingan Arteta bermain dengan hambar dan gugup.

Prestasi Arsenal sudah pastinya akan memberikan tekanan kepada Arteta.

Namun, Guardiola mengatakan Arteta tidak boleh dinilai berdasarkan hasil yang sangat dipengaruhi kad merah, dan dengan banyak masalah kecederaan Arsenal pada ketika ini.

Dia berkata kepada BT Sport: “Apa yang dapat saya katakan bahawa saya bekerja dua.. tiga tahun bersama. Banyak sekali perkara yang saya pelajari bersama Arteta.”

“Dia berada lebih daripada bagus sebagai seorang pengurus.”

“Kadang-kadang orang mengharapkan keputusan dengan segera. Skuad yang dimainkannya hari ini bukanlah pasukan yang dia impikan kerana mereka mengalami tujuh atau lapan kecederaan.”

“Pemain yang sangat penting. Ben White, Thomas Partey. Dia tidak dapat menggunakan pemain yang dia perlukan untuk melaksanakan perancangannya. Semua pengurus memerlukan skuad yang bagus.”

“Semua pemain kami kecuali Kevin [De Bruyne] dan Phil [Foden], kesemua mereka cergas. Saya dapat mengendalikan situasinya.”

“Dia akan menjadi pengurus yang lebih baik daripada saya. Saya peminat tegar Arteta, dan jika mereka mempercayainya, dia akan melakukan pekerjaan dengan baik di Arsenal.”

Baca juga artikel

EPL: Penalti Salah Selamatkan Liverpool Lawan 10 Pemain Chelsea

Thiago Silva: PSG ‘Sign’ Ramos Membuatkan Saya Sangat Kecewa Dan Sedih

EPL: Arsenal Dibelasah City Di Etihad 5-0, Xhaka Kad Merah