Liverpool melayan kunjungan juara Eropah, Chelsea dalam satu lagi aksi tumpuan EPL minggu ini.

Liverpool dan Chelsea memulakan musim ini dengan dua kemenangan dalam dua perlawanan sebelum ini.

Seperti dijangka, perlawanan ini pastinya berintensiti tinggi. Dengan kedua dua pasukan memiliki set pemain yang sangat baik.

Liverpool lebih banyak penguasaan bola dan mencipta beberapa peluang gol pada awal separuh masa pertama. Walaupun lebih dominan, sebaliknya Chelsea yang di hadapan.

Ianya adalah adalah menerusi tandukan kilas Kai Havertz yang menerima hantaran Reece James daripada sepakan penjuru pada minit ke-22.

ghe9p6

Liverpool sebenarnya mendapat beberapa peluang keemasan namun gagal menyudahkannya. Jordan Henderson melakukan tolakan yang liar. Seterusnya Harvey Elliot melakukan rembatan tinggi.

Drama panas dalam perlawanan ini berlaku pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Chelsea bergelut mengeluarkan bola dari dalam kotak penalti mereka. Kemudian Reece James ‘handball’ di atas garisan gol.

VAR digunakan untuk menilai situasi itu. Dan penalti diberikan kepada Liverpool. Bukan itu sahaja, Reece James turut dilayangkan kad merah. Mohamed Salah berjaya menyempurnakan penalti tersebut menewaskan Edouard Mendy.

E95OF-AXEAAaAQH

Keadaan terus panas apabila pemain kedua dua pasukan bertelagah sebelum menuju bilik rehat.

Pada separuh masa kedua, Tuchel mengeluarkan penjaring gol, Kai Havertz untuk memasukkan pemain pertahanan, Thiago Silva.

Chelsea bermain dengan sistem defensif dengan cuba menyerang balas segera.

Edouard Mendy menjadi wira Chelsea, melakukan beberapa aksi menyelamat yang berkelas dunia. Menafikan percubaan percubaan bahaya daripada Liverpool termasuk daripada Mohamed Salah dan Fabinho.

Chelsea memiliki peluang keemasan menerusi Kovacic, namun Alisson menyelamatkan bola dengan cemerlang.

Perlawanan berakhir dengan seri 1-1. Liverpool gagal memanfaatkan kelebihan seorang pemain sepanjang separuh masa kedua.

Baca juga artikel

EPL: Arsenal Dibelasah City Di Etihad 5-0, Xhaka Kad Merah

Thiago Silva: PSG ‘Sign’ Ramos Membuatkan Saya Sangat Kecewa Dan Sedih

Ronaldo Terima £480K Seminggu, Tertinggi Di EPL