Pemain tengah dari Malaysia, Allee Putra Azril kini menikmati kehidupan baharu di Sepanyol selepas membuat life-changing decision bagi membolehkan beliau meneruskan karier bola sepak di negara itu.

Allee yang kini berlatih dan bermain dengan skuad FC Malaga City U17, berkelana menyertai akademi dan memulakan hidup baharu bersama kelab yang berpangkalan di selatan Sepanyol itu.

Beliau yang berusia 15 tahun, menceritakan bagaimana dia dan keluarganya membuat keputusan selepas diterima masuk ke akademi tersebut sekitar musim panas tahun lalu serta keinginan untuk bermain ditahap lebih tinggi.

Allee

“Selepas saya menerima surat dari FC Malaga City yang menawarkan tempat untuk saya dalam akademi, saya dan keluarga memutuskan bahawa ia adalah pilihan yang terbaik untuk saya meneruskan karier bola sepak ke tahap tertinggi di Sepanyol.”

“Selain daripada program elit bola sepak, ia juga turut membenarkan saya untuk membelajari bahasa Sepanyol serta menerokai budaya negara tersebut.”

“Bermain dan berlatih bola sepak sentiasa menjadi perkara utama dalam hidup saya kerana saya meletakkan passion dan soul kepada sukan ini.”

“Malangnya, saya tidak selalu terpilih untuk beraksi ditahap lebih tinggi (di Malaysia) kerana umur saya, walaupun secara teknikalnya saya mampu dan bukan disebabkan bakat serta kemahiran saya.”

“Bola sepak adalah sukan yang besar di Malaysia dan saya bangga untuk mewakili negara di Sepanyol.”

Ilmu Bola Sepak Disini Tidak Ternilai

Allee yang menonjol ketika beraksi untuk skuad yang dibimbing oleh Maxime Olver itu telah berjaya tampil dalam beberapa perlawanan seperti ketika bertemu CD Vazquez Cultural dan Portada Alta sebelum ini.

Beliau yang boleh beraksi diposisi defensive atau attacking role, setakat ini menikmati saat hebat bersama akademi dan percaya pengalaman itu adalah tidak ternilai harganya.

Allee Putra 2

“Masa saya disini bersama FC Malaga City adalah tidak ternilai harganya kerana ilmu bola sepak dan pengalaman turun beraksi yang saya miliki disini. Saya menikmati masa dan mempunyai ramai rakan yang hebat disini.”

Ketika ditanya mengenai apa yang ingin dicapai pada pusingan kedua musim dan seterusnya, Allee menjelaskan bahawa dia mahu sentiasa mempertingkatkan diri didalam padang serta mencari peluang untuk terus kekal beraksi di Sepanyol.

“Saya harap untuk terus mempertingkatkan kemahiran bola sepak dan ilmu untuk menjadi yang terbaik serta mahu diberikan peluang untuk bermain dengan pasukan profesional di Sepanyol.”

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Kelab Kemboja Ini Berjaya Raih ‘Sumbangan’ Lebih RM100,000 Dalam Tempoh Kurang 10 Hari

Accra Lions FC Umumkan 2 Pemain Muda Mereka Dipinjamkan Ke Pasukan Selangor FC II Musim 2021

“Persepsi Mereka Tengok Aku Datang Sebab Publisiti, Bola Pun Orang Tak Nak Pass.” – Hidetoshi Nakata