Hidetoshi Nakata, satu nama yang besar dalam bola sepak Jepun telah berkelana ke Itali bersama kelab Perugia yang pada ketika itu hampir boleh dikatakan tidak dikenali di Asia khususnya.
Artikel ini bukan untuk bercerita mengenai Perugia sebagai sebuah kelab, tetapi lebih menumpukan kepada banyak isi-isi penting pengalaman yang dijelaskan oleh Hidetoshi Nakata sebagai seorang pemain bola sepak Jepun berusia 21 tahun berhijrah ke Serie A pada September 1998.
Mungkin boleh menjadi satu panduan atau rujukan kepada pemain-pemain yang mungkin membaca dan menonton artikel ini.
Beberapa quote padu dari Hidetoshi Nakata dalam video diatas yang sempat kami petik adalah;
“Faktor utama (pilih Perugia) adalah, peluang untuk aku bermain tinggi.”
“Aku bersusah payah dari Jepun ke luar negara, aku nak buat apa sebenarnya?”
Selain itu, Hidetoshi Nakata juga ada menceritakan bahawa pada ketika itu beliau terpaksa berdepan dengan satu perkara paling mencabar di Itali iaitu persepsi.
“Bila aku sampai ke Itali, perkara paling paling mencabar sekali bukan mengenai pandangan orang (Itali) dari sudut perbezaan level bola sepak (pada ketika itu). Mereka sentiasa bercakap mengenai penajaan lebih banyak dari bola sepak itu sendiri.”
“Aku training kuat macam mana pun, perform dalam game sekalipun, mereka tengok aku datang hanya untuk publisiti.”
Impak kepada Nakata macam mana?
Dia terangkan disebabkan benda-benda luaran begitu, sedikit sebanyak telah memberikan impak kepada rakan sepasukan lain sehinggakan cukup sukar untuk mereka pass bola kepadanya.
Macam mana dia settle kan masalah ini sebelum AS Roma bayar €21.6 juta? Sila tonton video temubual khas sempena 20 tahun Hidetoshi Nakata menjejak kaki di Perugia.
Selain itu, banyak lagi tips dan pengalaman yang beliau kongsikan sebagai seorang budak muda yang berkelana dalam bola sepak eropah yang mungkin boleh dijadikan rujukan.
p/s: Inter Milan dan Aston Villa dia tolak atas sebab tertentu.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.