Semakin ramai pemain muda Malaysia mendapat tempat di akademi ternama Eropah dimana bari-baru ini seorang pemain iaitu Saurav Singh menyertai salah satu akademi bola sepak di Sepanyol iaitu FC Malaga City.
Saurav, seorang pemain tengah yang kini bermain untuk Titan B-17 tahun di Liga AirAsia KL Junior dan juga pasukan Kuala Lumpur Athletic di Garden Social League (GSC) Divisyen Antarabangsa berjaya mendapat tempat di akademi itu setelah berkongsi video permainan beliau dan CV melalui e-mel.
Video tersebut dilihat oleh Ketua Analisis Prestasi dan Perekrutan FC Malaga City, yang kemudiannya menawarkan Saurav tempat di akademi tersebut.
Saurav Singh merupakan alumni Tenby Schools Setia Eco Park dan beliau pernah beraksi Royal Selangor Clubs B-10 dan B-16 tahun selain pernah menghadiri Kem Latihan Borussia Dortmund di Kuala Lumpur pada tahun 2017.
“Saya amat berbesar hati menerima tawaran dari akademi FC Malaga City. Tujuan saya adalah untuk memanfaatkan sepenuhnya pengalaman beraksi di peringkat antarabangsa ini dan meningkatkan kemahiran teknikal dan taktikal serta ketahanan mental saya di bawah program bimbingan bertaraf dunia yang akan membawa saya ke arah kerjaya dalam bola sepak profesional,” kata Saurav.
Seorang lagi pemain muda Malaysia, Alle Putra Azril turut beraksi bersama akademi tersebut dimana pemain berusia 15 tahun itu menyertai FC Malaga City pada Ogos lalu.
Baca artikel lain mengenai pemain muda Malaysia yang beraksi di Eropah di sini:
Dua Pemain Muda Malaysia Sertai Akademi Bola Sepak Di Sepanyol
Pemain Muda Malaysia, Aqil Arazi Aziz Sertai Kelab Perancis, AS Cannes